Serius hairan.
Kenapa secara tiba-tiba kereta Wiraku yang telah berusia 6 tahun menunjukkan kuasa yang di luar jangkaan aku. Pelbagai telahan telah aku lakukan sehinggakan wall FBku menjadi mangsa pencarian sebabnya.
Namun bila ku amati dan perhalusinya dengan begitu teliti, barulah aku temui jawapannya. Ya, sikap jeles yang melampau menjadi puncanya. Manakan tidak, kereta Wiraku kini mempunyai saingan. Sebuah kereta yang bersport rim dan berCD player akhirnya telah 2 hari menjadi penghuni porch rumahku dan dah memang adat kita sebagai manusia, kereta lama sering dipinggirkan lebih-lebih lagi jika ianya hanya ber‘cap’ dan ber’radio kaset’ sahaja.. hehehe.
Ya, seperti yang aku ceritakan dalam entri sebelum ini, pembelian kereta baru merupakan salah satu tindakan yang perlu aku lakukan sebelum bergelar penganggur dan nampaknya segalanya berjalan seperti dirancangkan. Sebuah kereta berstatus mewah jika dibandingkan dengan kereta-kereta sebelum ini mempunyai teknologi terkini di dalam pembuatannya dan aku berasa sangat-sangat ‘terharu’ kerana setelah 15 tahun, barulah aku dapat merasai kereta bertransmisi auto dengan paparan tachometer digital, ditambah dengan sistem audio dari CD player dan juga sport rim berjejari runcing. Kadang-kadang tu rasa macam nak tidur dalam kereta pun ada. Namun sayangnya nombor 666 yang aku impikan tidak berjaya diperolehi dan sebagai galang gantinya, 6520 merupakan nombor taruhan aku yang berikutnya.
Apa pula nasib Wiraku kini? Dengan rasa berat hati, terpaksa jugalah aku merelakan pemergiannya dan di sini, ingin aku iklankan kepada korang-korang yang berminat, aku rela me‘let-go’kannya pada harga di bawah pasaran dan bagi korang yang berminat, sudi-sudikanlah menyatakan hasrat korang tu ke e-mail abangensem98@gmail.com. Ingat!! Kereta ini amat sesuai digunakan sebagai kereta drift kerana kelajuan dan stabilitinya. Bagi korang yang belum tahu lagi, meter kereta aku ini baru sahaja mencecah 116,000 km walaupun setelah 6 tahun digunakan. Accident-free dan walaupun bekas pemandunya (aku le) bukanlah seorang lady driver, tetapi cara pemanduannya jauh lebih tertib dari kaum hawa itu sendiri. Amacam? Teruja tak? Jangan segan jangan malu, e-mailkan je kat aku sesegera mungkin sebelum aku iklankannya di mudah.my.
AE : Sempat jugak la aku mencari CD Fauziah Latiff semasa aku balik kampung minggu lepas tetapi sebaik sahaja aku melihat tanda harga CD tersebut (RM16.90), hanya ayat berikut yang mampu aku katakan.. “Mak aiiii… mahalnya CD”.
P/S : Thank you to NickNashram sebab sudi bagi backlink ke blog gua ni.














Gwa ingat lu nak buat kontest teka kereta apa. Baru nak teka. Haha
Aslam recently posted..Cara pengambilan ubat pada bulan Ramadhan
harga kereta berapa jual
Juan recently posted..Tema | Isu Logo Rasmi Hari Kemerdekaan ke-55 tahun 2012
RM18,500 sahaja. Ngam2 settlekan hutang bank.
Kereta tahun bila tu bro? Boleh letak tak gambar nak tengok or ada link entri yg ada gambar tu?
halif recently posted..Buruk Betul Perangai Rakyat Malaysia
uhuhu bukan cd memang mahal ke? dlu dekat rm50 satu cd..huhu
zuan recently posted..> Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 shakiddo.com
perghhh.. kete baruu. tayar kilat lagi.
alang2 support mp3, burn saja lagunya
Hanif recently posted..TwentyTen Hanif.my – Tema WordPress untuk semua pengguna
baru nak berjinak-jinak dengan dunia blog ne bro..banyak lagi kena belajar ngan otai..hahah
Nick recently posted..Jadikan Blog Anda Do Follow Untuk Dapat Automatic Backlink
Hahaha nak tergelak aku baca bab penjelasan keta wira ko tu lah
Zarul Umbrella recently posted..Nota Dari Beijing dan Aaron Aziz
Tahniah di atas pembelian kereta baru…. Bergaya lah orang Kolumpu balik beraya ke Teluk Intan tahun ni.. hehehe..
Anuar recently posted..Segmen Klik Like/Share dan menang Wang Tunai
memang canggih lah kereta baru tu…
faizulosman recently posted..Nice Song : Sami Yusof feat Dato’ Siti Nurhaliza – You Came To Me
Berhenti kerja lepas tu beli keta baru,hebat hehehe..
azman recently posted..Thesis Theme : Cara Masukan Ad Banner di Header Blog
Tapi bro, kereta wira mantap per… kereta baru senang rosak power window..hehehe. gurau je
halif recently posted..Rezeki kakitangan awam. Yeay!!
Sedih btul baca entry ni. Sebab kesian gua drop komen sepam. Hahaha
matjoe recently posted..Baiki Cermin Galaxy Tab 10.1
alolololo..sian wira tu… ikut hati nak tolong je belikan wira tu..tp ikut hati, mati… kensel! ;p
Nadot recently posted..Detik Bersama Sunlight
tayar baru tu berkilat GOODYEAR lagi.haha
Ikhtiar Shah recently posted..Isu Hantaran Dan Kos Perbelanjaan Majlis Perkahwinan
Patut dah lama masuk junkyard keta kao tue….akkk ekkekekekekkeke
so keta mini cooper tue tak merajuk la plak yer??….