• Pendaftaran Seminar
  • Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Blog Abang Ensem

Info & Tips Hartanah...

  • Utama
  • Biodata
  • Ebook
  • Hubungi Saya
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / Umum / Sewa ikut rupa??

Sewa ikut rupa??

abangensem · 27 May 2010 · 4 Comments

Semalam, masa aku tengah khusyuk buat keje tetiba henpon blekberi aku menerima satu mesej dari Brader Adi (bukan nama sebenar sebab nama sebenarnya ialah Shukri). Mesejnya berbunyi “Weii, jom lunch ngan aku. Aku nak sembang something ngan kao la psl umah sewa”. Alamak, mamat ni potong stim la, aku dah la ada lunch appointment ngan awek tengahari ni. Aku yang ketika tu berada di dalam dilema, tetiba mendapat satu idea lalu terus aku kol awek yang teringin sangat nak lunch ngan aku tu.. “B (panggilan manja yang pompuan sekarang suka dengar), boleh tak kita postpone lunch kita esok? Kawan I gtau Uncle Chilli’s kat KLCC tu tutup la hari ni. Ada ‘stock take’ katanya. Takkan I nak bawak u kat mamak sebelah kot, mana ada kelas. Kan ke I suka makan kat retoran yang ada govt tax je..” dan aku bernasib baik bila ‘B’ aku kata ok.. no problem.. hehe. So, dengan pantasnya aku balas kat mamat Adi ni “Ok bro, kita jumpa kat Starbuck kul 1. Kat situ ramai cikaro selalu lepak”.

Kul 1.03 @ Starbuck, KLCC :

“Bro, apa yang penting sangat ko nak jumpa aku ni?” soal aku kat Brader Adi. “Bini aku dapat kol semalam dari student pompuan UiTM Puncak Alam. Diorang nak menyewa umah 2-storey aku yang kat sana tu tapi yang jadik masaalahnya sekarang, aku tak tau nak letak sewa berapa. Tu yang aku nak tanya ko ni.” jawab member aku ni. “Laa.. apa susah, ko gi la usha papan iklan kat 7 eleven area tu. Mesti ko boleh tau berapa average yang orang bagi sewa kat sana” jawab aku dengan ensemnya. “Tu la problemnya. Aku mana ada masa nak gi sana, dah la sampai umah tiap-tiap hari time orang nak masuk tido” balas Brader Adi ni. “Kalo camtu, ko cuba pikir tentang 3 benda ni sebelum ko decide nak letak harga sewa umah ko”. Korang nak tau tak apa 3 benda yang aku suruh mamat ni pikir?

Benda No 1 : Berapa orang yang nak duduk (sewa) kat dalam umah tu?
Rasionalnya : Korang boleh estimate kalau diorang nak duduk dalam 10 orang dan kalau korang rasa nak charge satu kepala RM100, so kalau 10 orang didarabkan dengan RM100 = RM1,000. Maknanya korang boleh sewakan umah korang tu pada kadar RM1K.

Benda No 2 : Berapa besar rumah korang?
Rasionalnya : Kalo umah korang tu flat, jangan la mimpi nak sumbatkan 10 orang kat dalam tu dan kalo flat tu ada 3 bilik, 6 orang pun dah kira sedang elok le tapi kena make sure le saiz diorang tu ‘comel-comel’ macam aku kalau tak jawabnya makin kurang la oksigen kat dalam umah tu.
Benda No 3 : Adakah bakal-bakal penyewa korang tu se’cun’ Diana Danielle?
Rasionalnya : Bagi aku benda ni lah yang paling penting sebab ianya akan menaikkan semangat korang untuk terus ‘invest’ dalam rental property… hahaha

Walau apa pun, sebaik-baiknya selepas korang decide, cuba korang double check kadar sewa tu dengan kawasan sekitarnya sebab setiap kawasan mempunyai kadar sewa yang berbeza. Satu lagi, pastikan korang tambahkan dulu RM50 dalam sewa yang korang akan bagitau kat bakal tenant korang tu, takut-takut diorang mintak kurang/diskaun, so, senanglah korang nak tolakkan amaun RM50 yang korang dah ‘up’kan tu. Tapi kalau bakal tenant korang tu dalam kategori ‘cun’, ikut suka koranglah nak kurangkan sewa jadik berapa. Apa yang penting ialah supaya diorang tak lari carik umah lain untuk disewa. Rugi wooo kalau diorang lari.. hehe.

Perhatian buat Brader Adi : Pastikan bini ko tak baca entry aku ni sebab kalau dia baca, for sure dia akan suruh ko carik penyewa jantan..

 
Tweet

Related posts:

  1. step 5 : PROFIT = RENTAL minus (instalment+bills)
  2. Peti Ais + Dapur = ?
  3. step 6 : bestnya bila org tolong bayarkan hutang kita..
  4. tension… tension… arrrggghhhhh
  5. step 3 : Buy with value..

Filed Under: Umum Tagged With: Umum

Reader Interactions

Comments

  1. rossoneri says

    27 May 2010 at 12:31 am

    hahhahaha xaci lorrrr ikut paras rupa plak ehh hahaha

    Reply
  2. Hasrol Nizam says

    27 May 2010 at 12:41 am

    kalau yg cun2 tu larik, rugi la..hehe

    Reply
  3. wakif says

    27 May 2010 at 9:08 am

    huhu, kalu mcm yg kat dlm gambar tu boleh bagi sewa free jer…

    Reply
  4. abang ensem says

    28 May 2010 at 7:39 am

    Wakif : Sewa tetap sewa walau cun macamana pun. Cuma mungkin diskaun tu lebih sikit kot.. hahaha

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Artikel Terkini

  • Tips Setel Loan Paling Jahat
  • Sesi Kocing Johor #2
  • Seminar Hartanah Johor : Ujub Menyentap Jiwa
  • Sesi Kocing Johor #1
  • Tekak Kering

Komen Terkini

  • Azman on Seminar Hartanah Terengganu : Sendu Bertukar Ceria
  • Azman on Tips Setel Loan Paling Jahat
  • INSURANS/TAKAFUL DALAM PELABURAN HARTANAH | CoachHartanah.com on Insurans/Takaful Di Dalam Pelaburan Hartanah
  • PencariMakan on Tekak Kering
  • Mohamad Helmi Hamdan on Ebook

Arkib

Statistik

رابو
26 Safar 1442
Now : Dhuhr (12:59)
Next : Asr (16:15)
Change location

Copyright © 2020 · Daily Dish Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in