Kadang-kadang tu rasa macam tak percaya pun ada bila mana rumah yang aku beli dan duduk dari tahun 2005 dulu, harganya naik melampau-lampau. Buktinya baru 2 minggu lepas, mak budak kat office Brader Mil call aku bertanyakan tentang rumah kat area rumah yang aku duduk ni. Katanya dia ada terpikat dengan sebuah rumah yang fully renovated yang letaknya hanya sekangkang kera dari rumah aku dan bila aku tanya berapa harga rumah tu, terkejut beruk aku, antara percaya dengan tidak RM430K menjadi taruhan. Tinggi tu beb!! Kalau nak dibandingkan dengan harga RM255K yang aku beli 6 tahun dulu, banyak ‘beno’ naiknya. Takkan la kot?? *musykil*.

Kalau korang nak berjiran dengan brader paling ensem kat Seksyen 7 ni, jangan lupa masuk bidding untuk rumah ni.
Alih-alih semalam aku dapat satu kertas di bawah tajuk ‘Lelongan Awam’ kat dalam post box aku dan isi kandungannya, tak lain tak bukan.. sebuah rumah di belakang rumah aku yang nak dilelong dan reserved price yang tertera kat situ adalah sebanyak RM300K. Mak datok.. itu baru harga buka, belum final price lagi. Kalau la ada dalam 7-8 orang yang masuk bidding tu nanti, silap haribulan mau boleh cecah RM350K atau lebih. Uisshhh banyak tu dan kalaulah aku let go rumah yang aku duduk ni, banyak juga excess yang bakal aku dapat sebab rumah aku pun fully renovated jugak. Antara renovation yang aku dah buat ialah menggantikan kepala paip cap siput sedut dengan jenama ‘Rubine‘, mangkuk tandas berjenama ‘Johnson Suisse‘, kipas cap ‘Panasonic‘ yang ada 5 bilah kipasnya. Fuhhh.. mewah habis. Itu belum masuk lagi pintu pagar aku yang sengaja aku cat dengan colour gold bagi menampakkan kemewahan rumah aku (sila rujuk gambar di bawah)… hahaha. “Itu semua tak masuk dalam kategori fully renovated la bro” kata Brader Mil yang sememangnya ‘jaki’ (jealous) kat aku. “Ye ke atau ko saja jeles dengan aku?” balas aku dengan bangga.

Amacam.. nampak mewah tak? *Sorry mutu gambar kurang memuaskan sebab bateri flash camera phone aku dah habis*
Kesimpulannya di sini, kalau korang nak kaya cepat cuba cari rumah yang ada tanah. Beli dan lepas tu flip supaya keuntungan korang nanti akan jadi ‘gila kentang‘ banyaknya (meminjam ayat bebudak sekarang).
AE : Kalau korang nak masuk lelong tu dan berjiran dengan aku, korang cuba call Bri dan suruh dia check details tantang rumah tu. Jangan pulak korang call nombor yang tertera kat dalam gambar tu, nanti tak dapat la aku komisyen dari Bri.. hehehe.
betul betul!
Contact aku untuk dapatkan info…kalau call tak angkat, sila sms…tq.
p/s: AE, ada habuan utk kita bersama….hehehe
tuanbri recently posted..Lelong Rumah Negro Putra Perdana
I loikeeee
Yo AE sy ada dengor cite dongeng – value satu2 kawasan perumahan tu akan jatus bila ada penduduk yg juai rumah murah (under value) betui ker tak?
Aku ras mitos yang ko dengar tu memang ada kebenarannya sebab valuer akan amik transaksi jual beli terkini kat satu2 kawasan. Tak gitu saudara Hafizal Ahlan?
mahainye ler rumah kat kawasan mewah2 ni…baru igt nak berjiran ngn AE senang nak dapat tips, g ngeteh, dapat jupe awek2 AE…he3..tapi apakan daya tak mampu nak bli…
Rumah kiri kanan aku je yang mewah. Rumah aku biasa-biasa je..
mahal tu.. blm mampu lg la..
algu recently posted..Syarat Terbaru – berkuatkuasa pada 26Jan2011
bro ae,
ko pon dok sek7 ke? aku pon same. jom la kite berkenal2an gi ngeteh kat2 sini ke. tapi ae dok umah area org kaye, aku dok flat je (tapi banyak awek he3..)
Ko ni buat aku rasa macam nak pindah dok flat je (sebab ramai awek).. hehehe
shah alam… gi sana mgu lepas.. tengok ada apt dekat kilang gula csr.. 226k.. saiz sama luas dengan 2 kankang kera..
ben recently posted..Rumah Guest House Taman Tenaga- Kajang
Nak buat camne bro. Kera dah makin pupus sekarang ni. Pasal tu la kangkang dia pun dah makin mahal.. hehehe
aish..banyak nye beza..tingin nak main landed, tetapi macam jauh je lagi
Tak bro. Pelan pelan kayuh..