Soal Jawab Tentang Ebook Pelaburan Hartanah Tanpa Modal (Soalan 1)

 

Soalan lanjutan terhadap ebook PHTM tulisan Saufi Karim

Begitulah antara soalan pertama yang diutarakan oleh mungkin salah seorang pembeli ebook Pelaburan Hartanah Tanpa Modal tulisan Saufi Karim terhadap rumah subsale (secondhand). Ini kerana kebiasaannya bagi pembelian menerusi ejen hartanah, 3%+7% downpayment pasti akan diminta oleh ejen tersebut memandangkan deposit 3% tersebut adalah jumlah komisyen yang bakal diperolehinya.

Ya, secara realitinya bagi pembelian sebegini (menerusi ejen), adalah agak mustahil konsep pembelian tanpa modal ini dilakukan melainkan sekiranya komisyen ejen tersebut bakal dibayar oleh penjual in-advance which is sesuatu yang agak mustahil untuk dilakukan. Namun sekiranya transaksi jual beli ini tidak melibatkan ejen, maka pembelian tanpa modal ini adalah sesuatu yang tidak mustahil dilakukan dengan syarat, penjual bersetuju untuk tidak menerima 10% downpayment tersebut seperti yang ditulis pada perenggan terakhir di bawah tajuk kecil ‘Beli rumah ‘secondhand’ dan buat pembiayaan 100% dengan bank’ pada muka surat 36 ebook tersebut.

AE : Out of 14 rumah yang aku ada, pernah sekali penjual rumah aku agreed untuk tidak mengambil downpayment 10% tersebut. Jadi ianya bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan. 

9 Comments

  1. Aslam September 26, 2012
  2. hawa September 26, 2012
  3. Anuar September 26, 2012
  4. shahril sidek September 26, 2012
  5. Eizil September 26, 2012
  6. Juan September 27, 2012
  7. Rem September 27, 2012
  8. adik ensem October 1, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge