Soalan dari Sarikei

 

Soalan :

Salam,

Saya pernah singgah ke blog abangensem. Biasanya jadi silent reader je sebab ilmu dalam bidang pelaburan hartanah ni masih di tahap rebung. Tapi saya berminat untuk belajar lebih lanjut tentang pelaburan hartanah.

Saya nak minta pendapat abang ensem tentang potensi pelaburan hartanah di Sarawak. Apa pandangan abangensem tentang pelaburan hartanah di Sarawak khususnya Sarikei?

Bagaimana untuk mendapatkan keuntungan misalnya harga rumah RM 200K++. Loan 30 tahun dan bayar bulanan RM1000++. Kalau nak disewa pun lebih kurang RM450 sebulan. ROI <6%. Macam mana tu?

Rumah pilihan pertama :

Nak tanya pendapat, adakah berbaloi membeli rumah teres setingkat (intermediate) berharga RM223, 000. Luas 7m x 34.25m. Kawasan tanah tembok. Masih dalam pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2014. Lokasi bersebelahan hospital (walking distance) dan sekolah 1km. Kalau nak disewa, target pelatih2 dari MasterSkill, Segi College yang training di hospital/staf hospital/cikgu.

Rumah pilihan kedua :

Rumah teres dua tingkat (intermediate) harga RM245, 000. Luas 6m x 25m. Kawasan tanah bukit. Masih dalam pembinaan dan dijangka siap pada bulan November/Disember 2013. Lokasi 500m dari sekolah, dan 1km dari hospital. Yang mana satu lebih berbaloi untuk dibeli?

Mohon panduan dan pendapat dari abangensem.

Terima kasih.

Pandangan AE :

Wa’alaikumsalam,

Cara saya menilainya mudah sahaja, iaitu :

  1. Jika untuk flipping, anda cuma kena pastikan yang ianya mempunyai peningkatan nilai yang tinggi berdasarkan permintaan di kawasan tersebut.
  2. Jika untuk disewakan, saya dapat rasakan kedua2 rumah tersebut tidak berbaloi untuk dibeli.
  3. Jika untuk tinggal sendiri, ianya bergantung kepada kemampuan anda sendiri untuk melunaskan bayaran bulanannya.

-AE-

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

AE : ‘Kembang’ aku bila dapat reply berikut dari pemilik nama Hasrina Salleh ini.. hehehe.

15 Comments

  1. shahril sidek September 29, 2012
  2. poruman September 29, 2012
  3. hasrina_s September 29, 2012
  4. shahril sidek September 29, 2012
  5. Rem September 29, 2012
  6. hatiputera September 29, 2012
  7. halif September 30, 2012
  8. beckhr00y September 30, 2012
  9. hasrina_s October 2, 2012
  10. ctfarazila October 3, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge