step 5 : PROFIT = RENTAL minus (instalment+bills)

leaderboard2 denaihati Banner
Pastikan sewa yang dikenakan tu mampu untuk menampung hutang bank & bil2 berkaitan :

Mesti korang herankan tengok tajuk aku kali ni.. tapi inilah antara rahsia kejayaan aku memiliki 14 biji umah tanpa menjejaskan kedudukan kewangan aku. Antara rahsianya ialah… sebelum aku beli sesebuah umah, aku akan check dulu berapakah kadar sewa utk umah kat area yg aku nak beli tu. Bukan apa, untuk memastikan yang aku takkan keluarkan duit aku utk cover instalment bank dan caj2 lain spt ‘maintenance fee’, quit rent, assesment fee dan lain2 lagi. Aku akan pastikan yang setiap umah yang aku beli akan mendatangkan ‘positive cashflow’ terhadap kedudukan kewangan aku. Senang citer… ada la duit lebih utk aku enjoy.. : )

Pernah sekali tu, aku bayar downpayment tanpa melihat ‘condition’ umah tu dulu sebabnya aku tau yg sewa kat area tu agak mahal sedangkan harga umah yg ditawarkan kat aku tu terlalu murah. End up.. lepas 3 minggu, baru le aku ada masa gi jenguk umah yg aku beli tu. Korang nak tau tak kat mana umah tu?? Vista Angkasa Apartment yg kat sebelah stesyen LRT Universiti. Strategik kan? So, nasihat aku.. sebelum korang nak beli umah untuk buat investment, pastikan korang ikut formula kat atas tu utk memudahkan langkah korang utk menjadi seorang jutawan.

This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

5 Responses to step 5 : PROFIT = RENTAL minus (instalment+bills)

  1. NaniRostam says:

    Memang rezeki abang tu (tak yah letak hensem boleh tak…heheh). Abang hensem ni memang pandai dan berani la. Kalau nak berjaya kita perlu berani. Sebab orang yang berani, tak takut dengan kegagalan. Bila tak takut gagal, kejayaan akan datang bila-bila sahaja. betul tak?

  2. Azha Syazri Azizan says:

    Setiap rumah itu berbeza saiz keluasan, binaan dan kedudukan dalam kawasan perumahan / kedudukan bangunan (mcm flet).

    Macam mana nak survey kadar sewa dengan lebih tepat especially untuk rumah yang sedang dibina? atau just beli rumah dah siap saja?

  3. WAHT says:

    vista angkasa mmg dasyat. sewa takdenye ratus2… untung spe2 dpt unit kt ctu.. (=

  4. yazid says:

    ade 14 tu bgla saye satu

  5. Anuar says:

    Terima kasih atas perkongsian pengalaman..

    AE, kalau kita beli rumah dengan installment bulanan RM500 untuk rumah tiga bilik.. Berapa sewa yang sesuai diletakkan untuk rumah tersebut?

    TQ..
    Anuar recently posted..Juara Euro 2012 pilihan lelaki kacak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge