• Pendaftaran Seminar
  • Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Blog Abang Ensem

Info & Tips Hartanah...

  • Utama
  • Biodata
  • Ebook
  • Hubungi Saya
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / my opinion / Strategi Untuk Budak Baru Belajar

Strategi Untuk Budak Baru Belajar

abangensem · 16 November 2010 · 16 Comments

Yes, kalau korang seangkatan dengan Brader Abu, strategi terbaik yang aku cadangkan buat masa ini ialah korang buat flipping dulu. Bagi yang tak tau, apa itu flipping, korang boleh baca serba ringkas tentang benda tu dalam entri aku hari Ahad lepas. Lepas korang dah flip 2-3 bijik rumah, barulah korang boleh ikut jejak langkah aku iaitu mengumpul seberapa banyak rumah untuk dapatkan passive income setiap bulan atau kalau ikut Dr Peter Yee, ianya dikenali sebagai cashflow strategy.

Aku rasa korang mesti tertanya-tanya, kenapa nak kena flip dulu sebelum dapatkan passive income? Tak boleh ke terus-terus guna cashflow strategy macam yang aku dok buat selama ni. Jawapan aku senang je.. “Sebab korang belum cukup modal untuk collect bebanyak rumah. Almaklumlah kalau lebih 2 bijik dah tentu-tentu korang kena come out dengan 30% downpayment. Kalau harga rumah RM100K, nak tak nak korang dah nak kena ada modal RM30K. Banyak tu beb. So, adalah lebih baik kalau korang kumpul modal dulu dengan kaedah flip ni dulu supaya untungnya nanti korang boleh buat bayar 30% downpayment tu. Maknanya sekarang ni korang kena start carik projek rumah baru atau rumah yang below market supaya korang boleh buat instant profit lepas je korang jual rumah tu tapi sebelum tu, korang kena amik kira 2 benda ni sebelum korang boleh kira keuntungan yang korang boleh dapat iaitu :

  1. Real Property Gain Tax (RPGT)
  2. Lock in Periodnya Penalty (LiP)

Selepas je korang dapat berpuluh ribu punya profit, baru la korang start carik rumah-rumah yang boleh generate passive income untuk korang. Eh eh.. sebelum tu, korang faham tak apa yang aku citer ni? Kalau tak paham, next entry nanti aku bagi contoh je la untuk korang senang faham, ok?

AE : Aku takut kalau korang dah start rambang mata tengok duit hasil dari kaedah flip, korang terus lupa tentang passive income nanti dan sebelum aku terlupa, aku nak mengucapkan ‘SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA, MAAF ZAHIR DAN BATIN SEKIRANYA ADA TERKASAR TUTUR DAN KATA DI DALAM BLOG INI’.

 
Tweet

Related posts:

  1. Duit Bukan Untuk Disimpan (Part 1)
  2. Duit Bukan Untuk Disimpan (Part 3)
  3. Wajah Baru 10/10/10
  4. Jawapan Untuk Emak Cik Nosembilanbelas..

Filed Under: my opinion

Reader Interactions

Comments

  1. anip says

    16 November 2010 at 1:57 pm

    nak buat flipping cam ner kalau untuk rumah ke3 semuanya 70% jer bank nak bagi loan AE…??

    Reply
    • Farid Adam says

      16 November 2010 at 4:39 pm

      salam anip,
      kalau ko dah ada 2 rumah yang pertama, ko flipkan yang tu dulu…

      unless kalau ko nak keep yang tu, ko kene follow tips2 macam mana nak elak daripada kene loan 70% pulak…in case kalau ko tanak keluarkan modal la…

      tips nih sesuai bagi mereka yang belum terjebak ngan pelaburan hartanah nih…
      Farid Adam recently posted..Nilai Itu Bukan Pada Barang-Barang Bernilai

      Reply
      • abangensem says

        17 November 2010 at 6:51 am

        Tenkiu Farid. Ko memang marvellous. Memudahkan keje aku.. hehe.

        Reply
  2. fiz says

    16 November 2010 at 2:07 pm

    selamat menyambut hari raya aidiladha kepada semua pembaca blog AE terutamanya sifu AE. Saya memang tiap2 hari mengikuti perkembangan blog AE tgk benda2 menarik sambil tu gelak2 sket ngn kemerapuan AE. Harapnya, blog ini berkekalan untuk membantu ramai lagi pemuda pemudi melayu dalam property investment.

    P/S: Nanti AE leh la wat TT. MEsti ramai protege datang termasuk hamba. 🙂

    Reply
  3. tuanbri says

    16 November 2010 at 3:43 pm

    wow….AE dah ada follower HardCore…

    p/s : mau jadi penceramah jemputan Hartawan Hartanah ?
    kali ini kita bagi structured sikit..

    Daftar Seminar
    tuanbri recently posted..Seminar Hartanah – Langkah 1 dulu…

    Reply
    • fiz says

      16 November 2010 at 4:06 pm

      saya daftar ini punya seminar.

      Reply
    • saye bukan brader abu says

      16 November 2010 at 4:39 pm

      aku pn dh daftar..klu dpt jumpe otai2 AE & tuanbri pn cantek gk ~ o_O

      Reply
    • abangensem says

      17 November 2010 at 6:52 am

      Orait..

      Reply
  4. Tom says

    16 November 2010 at 5:42 pm

    Ingat senang ker nak flip?tulis dlm blog memang nampak mudah…

    Reply
    • abangensem says

      17 November 2010 at 6:53 am

      Tapi nak tulih dalam blog pun susah gak. Susah nak carik idea..

      Reply
      • :-aLCapone- says

        17 November 2010 at 12:42 pm

        memang susah nak tulis blog nie… nak kena cari idea la… cari masa nak tulis la …. dan macam2 lagi….
        sebab tu aku lebih suka baca dan bagi komen jer….

        Reply
    • Farid Adam says

      17 November 2010 at 11:17 am

      belum cuba, belum tau…

      kalau orang lain boleh, takkan kita tak boleh?
      Farid Adam recently posted..Nilai Itu Bukan Pada Barang-Barang Bernilai

      Reply
      • abangensem says

        17 November 2010 at 7:11 pm

        Yes.. itu dia semangat yang patut korang tanam dalam diri korang.

        Reply
    • Jerung says

      5 March 2015 at 2:40 pm

      Dalam dunia ni, xda benda mudah

      Reply
  5. suargh says

    21 November 2010 at 12:50 am

    salam AE…saya budak baru nak belajar ni…
    untuk flip ni…kiranya dalam setahun boleh sekali je ke…kalu lambat dapat jual rumah tu tak boleh la nak buat loan untuk flip seterusnya…

    Reply
  6. zam says

    9 July 2011 at 1:58 am

    sepaham aku.. flip nih beli dan hold sampai target profit yg kita nak .. betul tak AE.. hehehe

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Artikel Terkini

  • Tips Setel Loan Paling Jahat
  • Sesi Kocing Johor #2
  • Seminar Hartanah Johor : Ujub Menyentap Jiwa
  • Sesi Kocing Johor #1
  • Tekak Kering

Komen Terkini

  • Azman on Seminar Hartanah Terengganu : Sendu Bertukar Ceria
  • Azman on Tips Setel Loan Paling Jahat
  • INSURANS/TAKAFUL DALAM PELABURAN HARTANAH | CoachHartanah.com on Insurans/Takaful Di Dalam Pelaburan Hartanah
  • PencariMakan on Tekak Kering
  • Mohamad Helmi Hamdan on Ebook

Arkib

Statistik

خميس
27 Safar 1442
Now : Isha (20:06)
Next : Imsak (05:38)
Change location

Copyright © 2020 · Daily Dish Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in