Sublet Kaizen Hartanah, Bacaan Wajib Buat Para Landlord

Sublet Kaizen Hartanah

Bukunya nipis tetapi ilmunya tebal.

Itulah kesimpulan yang aku mampu katakan terhadap naskhah terkini DSR Publishing Sdn Bhd. Abaikan pemiliknya yang aku kenal rapat, sebaliknya aku benar-benar mengagumi karya sulung Amin Harith ini.

Pada aku, ianya adalah “KIT WAJIB” bagi semua landlord di negara ini. Bukan sekadar ‘subletter’ semata.

Apa yang aku amat-amat suka tentang buku ini adalah, ‘pembongkaran’ 7 LANGKAH + 7 RAHSIA + 5 PETANDA yang perlu anda tahu jika anda ingin bergelar landlord. Bermula dari membina data permintaan sehinggalah kepada pengurusan portfolio sewa anda, semuanya diceritakan secara realistik. Tanpa selindung.

Justeru, aku amat-amat mengesyorkan para pelabur berstrategikan ‘beli dan sewa’ untuk memiliki naskhah ini untuk dijadikan panduan di dalam pengurusan sewa. Leburkanlah RM35.00 duit anda, demi untuk mendapatkan segumpal ilmu sewaan yang mungkin anda hindari selama ini.

P/S : Jika anda berminat untuk memilikinya, hubungi e-mel bukuhartanah@gmail.com

5 Comments

  1. Wadi Iman Guesthouse August 1, 2015
  2. Kereta Sewa Shah Alam August 3, 2015
  3. KiD August 3, 2015
  4. SITI HAZREEN SHAHROM August 4, 2015
  5. bukit gambang August 6, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge