Sebelum aku meneruskan tentang prosedur atau tatacara untuk melakukan konsep beli rumah dapat duit, suka untuk aku menganalisa pelaburan Cik Sueraya bagi rumah seksyen 6 yang aku war-warkan sebagai rumah below market dalam facebook aku sebelum ini.
Seperti yang sering aku maklumkan samaada menerusi blog ini mahu pun property talk aku, 2 elemen penting yang akan aku tekankan iaitu :
-
Lokasi yang strategik
-
Harga/Sewa yang munasabah
Dalam kes Cik Sueraya ini, elemen lokasi tidak perlu dipertikaikan lagi kerana letak duduk rumah di seksyen 6 ini betul-betul di tepi jalan besar yang menghubungkan seksyen 7 dan seksyen 8 dan ianya turut menjadi laluan pengangkutan awam untuk ke pusat bandar seksyen 7 dan juga UiTM. Makanya, tidak sukar untuk mendapatkan penyewa dari kalangan student UiTM yang pastinya mampu melonjakkan lagi kadar sewa untuk rumah itu.
Dari segi harga dan sewanya pula, turut menampakkan yang ianya merupakan satu pelaburan yang berbaloi kerana setelah disemak dengan beberapa buah bank, harga pasaran tertinggi yang berjaya diperolehi adalah RM85K sedangkan harga jualan yang ditawarkan kepadanya adalah RM75K sahaja (11.8% di bawah harga pasaran), manakala dari segi kadar sewanya pula, beliau masih mampu untuk memperolehi positive cashflow sebanyak RM185 bila mana sewa semasa (RM600) mampu untuk menampung bayaran bulanan banknya sebanyak RM415 (RM76.5K x 5.1% x 30 tahun). Dari segi ROInya pula, ianya jauh lebih baik dari simpanan beliau di ASB yang memberikan pulangan pada kadar 7%-8% setahun :
Return on Investment = Sewa Tahunan / Harga Rumah x 100
=> RM7.2K / RM75K x 100 = 9.6%
Tanpa rasa sangsi lagi aku boleh katakan yang beliau telah membuat satu keputusan yang bijak.

AE : Tak sabar rasanya aku nak makan belanja kat Melting Pot lepas semuanya settle.. hehehe.
ajak saye skali k nak makan tuu.. hahaha
Nadot recently posted..Big Brother Shah Alam – Tolongla Makan! (Part 2)
ajak kawan-kawan dan follower Ae la,baru seronok dgr case stdy macam ni. hehehe
kira bagus tu. harga pun ok. layann..untung banyak tu nanti.
ohcikgu recently posted..Maher Zain – Number One For Me | Official Music Video
Melting pot.. concorde kl ka bro…heehe..best best..
Salam AE, ada ke rumah macam artikel AE ni lagi?saya pun macam berminat la kalau cara kerjanya seakan sama cerita AE ni.
Walnut recently posted..Isteri diugut bunuh oleh SUAMI Awang Hitam
nampaknya saya mula faham akan proses proses bagaimana keuntungan dapat dijana
Juan recently posted..Teruja Saat Pertama Kali
wah….wa jadik case study lagik nie :blushing:
tq to my sifoo AE + sis nadot
will be away for a week ….insya allah will proceed soon
pray for the best..amin..insya allah 🙂