SUPER ACAI BERRY NUTRITION

Setelah sekian lama aku tidak dijemput untuk sebarang product review, tiba-tiba rabu lepas aku telah menerima jemputan ke majlis pelancaran produk “SUPER ACAI BERRY” kepunyaan salah seorang rakan sekolahku.

 

Terkejut.

Tergamam.

Tak sangka yang rakan lamaku sudah semakin sukses.

Apa itu “SUPER ACAI BERRY”?

Ianya adalah satu makanan kesihatan sebagai suplemen penambah stamina dan ketahanan badan. Ianya juga antara makanan berkhasiat yang sering aku dengar dari teman-temanku yang benar-benar serius menjaga kesihatan mereka. Untuk info lanjut, mohon google search keyword ini.

Di majlis yang sama juga, Zizan Razak selebriti tersohor telah dilantik sebagai duta produk ini. Boleh klik link ini –> https://youtu.be/PzHgzn7rpYM

Kenapa beliau dipilih?

Pastinya disebabkan beliau merupakan pemandu kepada pasukan Mayhem Motorsports yang sering beraksi di litar tanahair dan pastinya sebagai pemandu, stamina dan daya ketahanan badan perlu berada pada tahap maksimum untuk bersaing. Justeru, kolaborasi antara keduanya pasti mampu menaikkan lagi momentum daya saing buat kedua-duanya.

Tahniah untuk mereka.

 

2 Comments

  1. Amir April 9, 2017
  2. Sejadah by Usuf Hilmann April 21, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge