Surat Dari Awek

Tergamam!!

Itulah perasaan yang aku rasakan tatkala terbaca keratan kecil surat pembaca tulisan Nurul Affiza Zulkifli di keluaran terbaru Majalah Apartmen Impiana ini.

Surat Nurul Affiza

Sungguh aku tak sangka, ada juga yang sudi mengikuti ruangan pojok aku di setiap keluaran. Sangat besar ertinya pada aku sebagai kolumnis jemputan, apatah lagi ianya disisipkan pada ketika artikel terakhir aku menghiasi Majalah tersebut.

Apartmen Impiana

Ya, artikel dengan tajuk “Apartmen Cantik Dambaan Penghuni” merupakan artikel penutup bagi kontrak satu tahun bersama Majalah itu dan inshaaAllah jika ada rezeki aku, ianya mungkin akan disambung pada keluaran yang akan datang. Jika tidak, sekurang-kurangnya ianya menjadi pengalaman berharga buatku sebagai kolumnis.

Apa yang pasti, bukanlah mudah untuk mengadaptasikan idea mengikut kehendak editor apatah lagi konsep bacaan santai menjadi teraju yang diusulkan oleh pihak Majalah. Alhamdulillah, selama 4 artikel yang telah diterbitkan, aku masih berupaya menggunakan ‘title’ APARTMEN pada setiap tajuknya dan kisah masyarakat sebagai ‘content’ pembukanya. Harapan aku, moga pengisian yang cuba aku sampaikan mampu menjentik minda pembaca untuk merealisasikannya.

Buat sidang redaksi Majalah Apartmen, jutaan terima kasih aku ucapkan di atas peluang yang diberi.

AE : Teringin pula rasanya bergelar kolumnis Majalah Dara atau Hijabista.. hehehe.

4 Comments

  1. norliana sulaiman December 13, 2013
  2. Anuar December 13, 2013
  3. akubiomed December 13, 2013
  4. Rahimah al-Idrus December 14, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge