Tabung Pendidikan Anak-Anak

Education Fund

Setiap dari kita yang berkeluarga sering memikirkan tabung pendidikan terbaik untuk anak-anak kita. Ada yang mengambil insurans pendidikan. Ada yang mencarum sejumlah wang ke dalam akaun Amanah Saham Gemilang-Pendidikan kelolaan PNB. Tidak kurang juga yang memotong sejumlah amaun dari gaji mereka untuk Akaun Tabung Haji anak-anak.

Tidak salah anda melakukannya mengikut kesesuaian anda, sebaliknya aku sekadar ingin mencadangkan satu lagi bentuk tabung pendidikan yang kalis inflasi untuk anda praktikkan. Ya, tabung pendidikan yang aku maksudkan itu ialah melalui pemilikan hartanah pelaburan.

Tidak perlu anda mencari unit mewah, sebaliknya cukup sekadar apartmen kos sederhana sebagai ‘simpanan’. Apabila cukup masa, anda mempunyai pilihan sama ada untuk menjualnya atau pun membiayai semula bagi mendapatkan tunai bagi membiayai pendidikan anak-anak anda di pusat pengajian tinggi. Antara keistimewaan/kelebihan tabung jenis ini adalah :

  • Anda tidak perlu melakukan potongan gaji atau pun mencarum setiap bulan, sebaliknya penyewa andalah yang akan melakukan ‘tugas’ tersebut ke atas akaun tabungan sewa tersebut.
  • Anda tidak perlu risau sekiranya jumlah tabungan ini tidak mencukupi kerana, as time goes by, nilai hartanah tersebut pasti akan meningkat berkali ganda dek kerna peningkatan kos membina rumah.
  • Anda hanya perlu mengeluarkan sejumlah kecil deposit sahaja bagi pembelian hartanah tabungan anda ini dan selebihnya akan dibiayai oleh pihak bank dan apa yang lebih menarik, deposit tersebut mampu untuk anda miliki kembali sekiranya anda ‘ter’beli rumah di bawah nilai pasaran (below market value).
  • Deposit atau kos pembelian hartanah itu pula, hanya perlu dikeluarkan sekali sahaja dan instalment banknya pula, akan diurusi oleh penyewa hartanah anda.

Nah, apa lagi yang anda khuatirkan tentang tabungan jenis ini sebaliknya apa yang perlu anda persiapkan dari sekarang, hanyalah usaha anda mendapatkan ilmu pelaburan dan anda bernasib baik kerana anda sedang membaca perkongsian ilmu tersebut di blog ini. Jika pun ianya tidak mencukupi, mungkin ebook-ebook –> INI dan juga seminar kendalian aku (Klik SINI) mampu menambahkan lagi ilmu yang anda ingini.

7 Comments

  1. nurmisnan April 30, 2014
  2. Denaihati April 30, 2014
  3. ohcikgu May 2, 2014
  4. Hazman Fadzil May 2, 2014
  5. Anuar May 4, 2014
  6. ieta mat sa'ad May 4, 2014
  7. wom.my May 7, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge