“Tak yah beli kalo takde duit”

 

Gadget idaman aku dulu. Korang ada tak?

Teringat aku masa aku kecik-kecik dulu, bapak aku selalu bagi duit belanja cukup-cukup je untuk ‘survival’ aku masa kat sekolah asrama dulu. Kenapa dia buat macam tu? Supaya aku tak bermewah dan membazir dengan membeli benda-benda yang tak perlu. Katanya yang sampai sekarang aku ingat.. “tak yah beli kalo takde duit..” especially bila time aku nak beli ‘walkman’ dulu. Nampaknya apa yang bapak aku implement kat aku dulu telah mula diadaptasi oleh kerajaan kita. Dek kerana tak boleh nak ‘bajet’ sendiri perbelanjaan diorang (rakyatnya tapi tak semua la), maka 2 skim baru tu dilancarkan dengan menekankan 2 benda yang dianggap penting dalam hidup rakyatnya. Sebagai contoh, bagi mereka yang bergaji RM3K sebulan, maka Kerajaan telah mula mengatur peratusan perbelanjaan masing-masing mengikut pendapatan mereka dan peratusan yang aku dapat lihat adalah seperti berikut :

  • Rumah : 31%
  • Kad Kredit : 20%
  • Simpanan menerusi caruman EPF : 11%

Dan mereka masih mempunyai baki 38% untuk bajet pengangkutan dan makan/minum setiap bulan. Apa? Korang tak faham apa yang aku cuba sampaikan?? As usual, another contoh supaya korang senang faham.

Skim Rumah Pertama – Mereka yang berpendapatan RM3K boleh membeli rumah yang berharga RM220K tanpa perlu mengeluarkan 10% downpayment. Ini bermakna bayaran bulanannya adalah sebanyak RM933 (mewakili 31% dari jumlah pendapatannya) dan ilustrasinya dapat dilihat dari jumlah di bawah :

Loan : RM220K / Period : 40 years (tempoh maksimum kalau beli masa umur 25 tahun) / Interest @ Profit Rate : 4.1% (BLR – 2.2%)

Kad Kredit – Hanya 2 keping kad dibenarkan bagi yang berpendapatan RM3K dan limit maksimumnya tidak melebihi 2 kali ganda dari jumlah pendapatan bagi setiap kad.

Kad 1 : RM6K / Kad 2 : RM6K (Jumlah limit : RM12K) dan kalau semua limit telah digunakan, maknanya bayaran minimum setiap bulan adalah sebanyak 20% dari jumlah pendapatan (RM12K x 5% min = RM600 setiap bulan @ 20% dari pendapatan).

Apa yang aku tunggu sekarang ni, apakah pula dasar terbaru kerajaan terhadap peratusan pengangkutan bagi kita? Adakah duti import kereta akan berkurangan (harga kereta akan bertambah murah) atau pun menggalakkan rakyat lebih mengutamakan penggunaan pengangkutan awam, sebab itulah dilancarkan projek MRT dan Rapid Bus. Apa pun, kalau korang in the Prime Minister’s shoe, what will all of you do? Susah jugak jadi Kerajaan ni ye?

AE : Contoh aku lebih kepada gaya hidup warga kota sebab kat pekan-pekan kecil (macam kat kampung aku, Teluk Intan), harga rumah still lagi murah dan aku rasa tak ramai yang guna kad kredit sebab kedai-kedainya semua ‘main’ cash je.

 

9 Comments

  1. nadot March 21, 2011
  2. nurul March 21, 2011
  3. farhan March 21, 2011
  4. aslam March 21, 2011
  5. asey March 22, 2011
    • waht March 22, 2011
      • abangensem March 22, 2011
  6. waht March 22, 2011
  7. algu March 25, 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge