Talk, Talker, Talking..

leaderboard2 denaihati Banner

 

Bagi korang yang mengikuti timeline aku di Facebook baru-baru ini pasti akan terpandangkan ayat-ayat ‘tak boleh blah ini’ beberapa hari lepas.

Akibatnya, kotak e-mail aku telah dibanjiri oleh ribuan e-mail dari pengusaha spa yang mengajak aku untuk ke spa diorang bagi mendapatkan ’masker treatment’ secara percuma untuk kulit wajah aku kerana menurut mereka, wajah aku mempunyai nilai estetika yang tinggi yang boleh membantu menaikkan imej spa mereka. Dalam bahasa mudah, kiranya wajah aku ni set-set boleh jadi duta produk la sebenarnya.. hahaha. Anyway, thank you di atas kesudian mereka menjadikan aku sebagai duta spa mereka.

Sebenarnya apa yang jauh lebih penting dari rawatan masker wajah tersebut ialah jemputan sebagai speaker untuk satu majlis tertutup yang akan dianjurkan oleh sebuah agensi hartanah. Terharu aku bila kepercayaan telah mula diberikan kepada pemilik wajah kacak ini.

Ketepikan soal bayaran, sebenarnya aku lebih berminat untuk berkongsi pengalaman dengan mereka yang bakal hadir kerana dari pengalaman akulah, mereka akan dapat mengelak dari melakukan kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh khalayak pelabur-pelabur baru hartanah. Dijangkakan kapasiti yang akan hadir adalah di dalam lingkungan 50 orang dan sudah pasti suasana dan bentuk soalannya akan lebih meriah, yang mampu menjadi bahan cerita di blog aku ni nanti.

Ada juga private message dari ex-seminar participant aku yang bertanyakan tentang siri seminar ‘advance level’ aku tetapi seperti yang aku pernah mention sebelum ini, buat masa ini aku lebih menumpukan kepada basic knowledge untuk siri seminar aku. Untuk advance level, aku rasa ada lagi beberapa individu yang lebih layak untuk berbicara tentangnya pada harga kos yang munasabah, antaranya jutawan hartanah 2020 dan juga otai lelong kita ni.

Juga seperti yang aku janjikan sebelum ini, my next mini seminar akan mengambil 8/9/12 ini sebagai tarikhnya dan setakat ini seramai 18 orang telah mengesahkan kehadirannya. Apa yang menariknya untuk sesi kali ini, aku berjaya memujuk seorang ejen insurans berstatus Million Dollar Round Table untuk bercerita tentang kepentingan MRTT/MLTT dalam pelaburan hartanah. Jadi untuk peserta-peserta berikut, jangan lupa e-mailkan aku no cellphone dan tarikh bayaran yang telah korang lakukan kerana terdapat segelintir yang hanya mengkreditkan amaun RM88 tanpa memaklumkannya kepada aku.

  1. Mohd Shahir Rosli
  2. Suhaimi
  3. Ahmad Zaharuddin
  4. Zulhusni
  5. Mohd Aidil Shafik
  6. Zulhairy
  7. Abdul Rahman Sirat
  8. Zulkifly Hasan
  9. Muhammad Sofiyussalam
  10. Siti Maulana
  11. Mohd Azraffi
  12. Ahmad Fakhrul Asri
  13. Rashidah
  14. Arina Azfar
  15. Ahmad Tarmidzi
  16. Ahmad Kamal
  17. Muhammad Nizam
  18. Zainab

AE : Bagi yang berhasrat untuk menjemput aku sebagai penceramah korang, sudi-sudikanlah meng’e-mail’ aku (at) abangensem98@gmail.com dan kesudian korang tu bolehlah aku ibaratkan sebagai ‘kecil tapak tangan, pipi MAMAT ni aku tadahkan’.

P/S : Buat peserta mini seminar batch ke 10 aku yang lalu (yang terlepas sesi bersama peguam), anda adalah dijemput untuk turut serta bersama batch ke 11 pada 8/9/12 jam 11 pagi nanti.

P/S/S : Peta lokasi bolehlah korang lihat di ENTRI INI.

P/S/S/S : Sila abaikan cerita di perenggan ke 2 di atas kerana ianya hanyalah kencingan si penulis sahaja.. hahaha.

This entry was posted in seminar. Bookmark the permalink.

11 Responses to Talk, Talker, Talking..

  1. boni kacak says:

    hahahaahha.. nilai estetika?? hakhakhak.. ayat macam hawau..hakhakhak
    boni kacak recently posted..Selamat Hari Kemerdekaan ke 55

  2. faizulosman says:

    baru nak percaya yg perenggan ke dua tu… rupanya kena kencing lg… ceh…
    faizulosman recently posted..Adakah Kita Faham Erti Kemerdekaan?

  3. fazrol says:

    Model spa mana plak yang dapat nie?
    fazrol recently posted..Restoran Wong Solo – Bandar Tasik Permaisuri!

  4. sha says:

    kui3..wakenabeb lah ni ek? haha..duta spa bagai..hahahhaa

  5. adam dzirhan says:

    Silap2 dapat offer berlakon drama satu hari nanti…
    adam dzirhan recently posted..Cape Town Pt 1 – Pemanduan Paling Indah Di Dunia

  6. Anuar says:

    Seronoknya ada orang ajak pergi SPA.. Murah rezeki AE bulan September ni..

  7. Confirm buat rambut macam Nicholas Cage la tu kan…. hahahahaha
    hazman aka species1980 recently posted..Kunjungan ringkas ke ISTANA NEGARA BAHARU

  8. zuan says:

    alhamdulillah, murah rezeki bro :)
    zuan recently posted..> Dan Sabar Itu Separuh Dari Iman

  9. halif says:

    Bertambah kacakla bro jadinya. syukur
    halif recently posted..Puduraya – Revisit

  10. ohcikgu says:

    bertambah teganglah abang kita nih ye. hehe..
    ohcikgu recently posted..Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Pembangunan Masyarakat S41

  11. Juan says:

    ini merupakan langkah terbaik yang perlu AE grap sepenuhnya, tahniah
    Juan recently posted..Tips Soalan Peperiksaan Exam Pegawai Pembangunan Masyarakat S41

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge