Target 2013 : Segalanya Untuk Korang

leaderboard2 denaihati Banner

 

Target #1 : Menerbitkan Buku Fizikal. Tercapai, alhamdulillah.

Jangan Baca Buku Ini!!

Target #2 : Menjadi Kolumnis Majalah. Alhamdulillah, tercapai.

Target 2013

Target #3 : Memenangi “Favourite Business Blog 2013 Award”. InsyaAllah akan tercapai jika diizinkanNya.

Favourite Business Blog 2013 

Kenapa aku perlu menetapkan semua ini sebagai target aku untuk tahun 2013 ini?

“Alaa.. abah cuma nak glamour je kan?”, jawab mem aku.

“Abang cuma nak cari peluang jumpa Neelofa kan?”, ayat tak boleh blah MINAH INI.

“Lu jeles tengok Fatin Liyana kenal dan bergambar dengan gua kan?”, ayat tak puas hati MODERN MAN INI. Damn!! #Panas.

Huh!! Aku dah agak dah dan aku rasa bukan takat mereka bertiga saja malah sebahagian besar dari pembaca blog ini juga pasti bersependapat dengan mereka. Walau apa pun kata korang nawaitu aku hanya dan akan tetap satu iaitu, semua ini aku lakukan untuk korang, pembaca blog ini.

“Lu poyo la Bro. Lu yang dapat nama, belakang.. kitorang pulak yang lu nak jadikan kambing hitam”, BLOGGER RETIS ni tak puas hati bila kami bertemu muka hujung minggu lepas.

Betul beb. Aku buat semua ni kerana korang. Aku tak nak korang terseksa untuk membayar harga yang tinggi untuk mendapatkan ilmu pelaburan dari aku. Sedari awal lagi, sememangnya aku berniat untuk berkongsi ilmu pada kos yang paling rendah dan aku cuba sedaya upaya untuk tidak meningkatkan kos tersebut walaupun jika dilihat ‘inflation factor’ tidak akan memungkinkan semua ini berlaku. Jadi, satu-satunya cara untuk aku mengekalkan harga sebegini untuk tempoh masa selama mungkin adalah dengan cara mendapatkan tajaan dan penaja pula tidak mungkin akan mengeluarkan wang dari kocek mereka sekiranya Abang Ensem tidak dikenali dan mendatangkan keuntungan kepada mereka. Justeru itu, antara langkah yang perlu aku ambil untuk dikenali adalah menerusi 3 target di atas dan alhamdulillah, sehingga ke saat ini Allah telah memakbulkan doa aku di mana 2 dari 3 target aku untuk tahun ini telah pun tercapai. #Alhamdulillah.

Cumanya sekarang, target ketiga aku inilah yang aku rasakan paling sukar untuk aku capai walaupun setakat hari ini, aku masih lagi mengungguli carta teratas untuk kategori tersebut. Jadi aku tetap mengharapkan undian dari korang (KLIK SINI) untuk mengekalkan aku di kedudukan tersebut. Namun, segalanya adalah ketentuan Allah dan aku pasrah dengan apa yang telah direncanakanNya. #Tawakkal.

AE : .. tapi kalau tetiba ada pengarah yang nak menggandingkan aku dengan Neelofa, apakan daya untuk aku menolaknya kerana aku hanyalah insan ensem yang lemah. #Pasrah.. hehehe.

 

This entry was posted in my story and tagged , . Bookmark the permalink.

15 Responses to Target 2013 : Segalanya Untuk Korang

  1. Nadot says:

    Tak bang.. pengarah tak sampai hati nak gandingkan Neelofa dengan AE.. Kesian Neelofa sedih terseksa jiwa raga kalau terpaksa digandingkan dengan AE…

    “Insan yang ‘ensem’ dan ‘lemah’?” – ensem tu tak, lemah tu seswai jugak. hohoho
    Nadot recently posted..Meremang Bulu Roma Sebab Menyampah

  2. Anuar says:

    Tahniah untuk dua target yang telah tercapai… Semoga target ke tiga dipermudahkannya…
    Anuar recently posted..WW: Contest Teka Gambar Blogger dan menang wang tunai

  3. azrijohan says:

    Tu dia ada jgk perkataan “lemah” jom pakat printscreen ramai-ramai buat bahan di kemudian hari.. hehehe :p
    azrijohan recently posted..Ini Semua Salah Event #SBB2013 Anjuran Denaihati !

  4. Wan_PMD says:

    Terbaikkkkk la AE!
    Wan_PMD recently posted..Our Official Logo

  5. boni kacak says:

    bro nak buat segalanya untuk baby kan??
    boni kacak recently posted..Boni Kacak Masuk Komik G3

  6. hafizrahim says:

    Congrats bro..dah lepas 3 tu bleh tambah yang lain plak..tambah cawangan ke..ada brani? hahaha
    hafizrahim recently posted..Oh Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013

  7. Alhamdulillah…semoga sentiasa sukses dlm semua target….lebih2 lagi bila nak target aweks….heeehee
    Orang Kampung recently posted..Kesian ! Ditanam Hidup-Hidup….

  8. KiD says:

    tahniah abangensem.. semoga abangensem terus ensem di masa akan datang.. tahniah dari saya
    KiD recently posted..The World’s 10 Most Dangerous Airlines

  9. Faiz Saaid says:

    Ok bro, nanti aku borong majalah impiana kalau dah start tulis dalam majalah tu. Apapun terima kasih abang ensem sebab sudi share semua ilmunya kepada kami

  10. azman says:

    Insyallah boleh dapat tu Bro!
    azman recently posted..Roti Canai Gulai Kaki Ayam

  11. teruskan usaha bro ..chaiyok :D
    syaifuddin alias recently posted..10 Blogger Terbaik Malaysia

  12. Ladfe Amir says:

    in shaa Allah bro. Ada rezeki pasti yg ketiga tu pun dlm genggaman.

    jika tak menang pun , pasti Allah akan beri Bro rezeki dari sudut yg lain pula
    Ladfe Amir recently posted..Kita Cakap Kita Menyintai Nabi Muhammad s.a.w

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge