• Pendaftaran Seminar
  • Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Blog Abang Ensem

Info & Tips Hartanah...

  • Utama
  • Biodata
  • Ebook
  • Hubungi Saya
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / my story / Tawaran Menjadi Kolumnis Majalah

Tawaran Menjadi Kolumnis Majalah

abangensem · 18 January 2013 · 23 Comments

 

Segalanya bermula apabila aku menerima satu e-mel dari Karangkraf pada Isnin lalu yang menyatakan hasrat mereka untuk bekerjasama dengan aku di dalam memandaikan khalayak pembaca majalah mereka dan ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, e-mel tersebut aku balas dengan senyuman yang terukir di bintang bibir. Mana mungkin untuk aku menolaknya kerana sememangnya menjadi kolumnis merupakan salah satu dari 3 perancangan yang mesti aku capai untuk tahun 2013 ini dan nampaknya, rezeki tersebut telah pun aku perolehi seawal minggu ketiga bulan Januari. #Alhamdulillah.

Tidak pernah aku duga permintaan dari blogger INI yang meminta aku menggantikan tempat beliau untuk menghadiri event INI akhirnya telah membuka peluang untuk aku dikenali oleh warga Karangkraf. Rupa-rupanya selama sebulan selepas entri tersebut, mereka ‘menghayati’ setiap entri dan tulisan aku, baik di blog ini mahu pun di Majalah INI dan hasilnya pertemuan diatur serta kontrak pun ditawarkan dan dengan secara rasminya bermulalah karier aku sebagai kolumnis majalah. #Alhamdulillah.

“Majalah apa Abang Di?” pancing minah INI mencari jawapan dan belum sempat aku merahsiakannya, satu ‘blast post’ telah pun terpampang di wall berikut :

 Apartmen Impiana

Ya, aku akan menulis untuk Majalah Apartmen Impiana. Lewat perbincangan awal pagi semalam, artikel pertamaku dijangka muncul untuk edisi kedua (April-Jun) tahun ini dan tarikh akhir telah pun diberikan kepadaku. Alhamdulillah pihak redaksi memberi kelonggaran untuk aku memilih tajuk dan skop penulisan aku dan pohon mereka, kekalkan gaya santai sepertimana di blog agar khalayak pembaca akan mudah faham dengan pengisian yang cuba disampaikan. #InsyaAllah.

Akhir kalam, aku ingin merakamkan jutaan terima kasih buat 3 gadis manis di bawah kerana sudi berkolaborasi dengan aku yang masih novis di dalam bidang penulisan ini dan janjiku, akan aku berikan komitmen 200% selagi diizinkan olehNya. #InsyaAllah. 

L-R : Kak Emma, Kak Wati & CK
L-R : Kak Emma, Kak Wati & CK

AE :  Kepulangan aku turut diiringi dengan ‘buah tangan’ berikut (2 majalah di bawah) yang ternyata bersesuaian dengan gelaran aku sebagai ‘Blogger Retis Yang Berketak’.. hehehe. 

Majalah Rapi & Media Hiburan yang ternyata bersesuaian dengan gelaran aku sebagai 'Blogger Retis Yang Berketak'
Majalah Rapi & Media Hiburan yang ternyata bersesuaian dengan gelaran aku sebagai ‘Blogger Retis Yang Berketak’
 
Tweet

Related posts:

  1. Bakal Menjadi Kenangan Terindah
  2. Resepi Untuk Menjadi Blogger Jutawan
  3. Akhirnya Ia Menjadi Milikku Jua
  4. Masalah yang akhirnya bertukar menjadi peluang
  5. Beli Rumah Tanpa Duit : Tawaran Dibuka

Filed Under: my story Tagged With: Apartmen Impiana, Karangkraf

Reader Interactions

Comments

  1. BaBy says

    18 January 2013 at 12:08 am

    nak tengok ketak abangensem boleh tak?
    BaBy recently posted..Jangan laa SPAM!

    Reply
  2. KiD says

    18 January 2013 at 12:09 am

    tahniah bro.. satu langkah kemajuan dapat dilihat.. tahniah abang meor!!
    KiD recently posted..Jangan laa SPAM!

    Reply
  3. Nadot says

    18 January 2013 at 12:12 am

    cheh! AE tipuu saya… jahatt..dan saya percaya je..benci..!! tanak percaya apa AE cakap dah…
    tapi make sure tau gambar AE takde, tulisan je tau… ok.. ;p
    Nadot recently posted..Temuduga Yang Menakutkan

    Reply
  4. shahril sidek says

    18 January 2013 at 4:53 am

    another step ahead.. good.
    shahril sidek recently posted..Wordless Wednesday: Loan susah nak dapat?

    Reply
  5. Anuar says

    18 January 2013 at 5:45 am

    Tahniah Abang Ensem… Dapat Rezeki yang melimpah ruah pada tahun 2013 ni…;)
    Anuar recently posted..WW: Layan Tomyam Udang Galah malam ni… 😉

    Reply
  6. Fazrol says

    18 January 2013 at 6:22 am

    Tahniah bro…
    Mmg layak jd kolumnis majalh tersebut..
    Fazrol recently posted..Berbogel untuk filem! Cara terbaru lakukan filem!

    Reply
  7. elieza says

    18 January 2013 at 8:29 am

    Best best sebab memang saya suka beli majalah tu… sebab decorations apartment orang.. now another reason to buy..
    elieza recently posted..Addicted to iHerb.com

    Reply
  8. matjoe says

    18 January 2013 at 9:47 am

    Mantap. Sekalung tahniah dgn langkah yg dimajukan ke hadapan. Semoga AE lebih maju dan berjaya di masa hadapan.
    matjoe recently posted..Nature of Ambition

    Reply
  9. baby comel says

    18 January 2013 at 12:57 pm

    terbaiklah abang Di!!! baby kagum sangat2 ni…
    baby comel recently posted..Boni Kacak Vs Abang Ensem

    Reply
  10. Melastik Bintang says

    18 January 2013 at 1:22 pm

    perghhhh!!! nak signnnnnnnn!!!!! tahniah bro…. jumpa retis je lah lepas ni…
    Melastik Bintang recently posted..Tutup : Pencarian Penaja Contest

    Reply
  11. orang kampung says

    18 January 2013 at 1:58 pm

    Tahniah Tuan…memang laris jualan majalah tu nanti oleh penangan AE
    orang kampung recently posted..Igal Igal

    Reply
  12. tuanbri says

    18 January 2013 at 3:43 pm

    tahniah tahniah!

    memang ini yang AE cari selama ni..
    tuanbri recently posted..Orang Selatan! Jaga jaga dengan hartanah anda…

    Reply
  13. halif says

    18 January 2013 at 3:49 pm

    Only one word : Mantap!
    halif recently posted..WW : Master Your Mind, Create Your Destiny

    Reply
  14. Encik Din says

    18 January 2013 at 3:53 pm

    Tahniah! pasni boleh masuk majalah Mangga plak. hehe
    Encik Din recently posted..Permulaan 2013 yang baik. Matlamat tercapai

    Reply
  15. Hisham Supian says

    18 January 2013 at 4:24 pm

    HEBAT AE!!! .. Tahniah diatas pencapaian Abang Ensem berjaya mencapai Impian menjadi kolumnis .. InsyaALLAH Semoga ALLAH memudahkan lagi perjalanan hidup AE dalam usaha memandaikan bangsa kita … 🙂 ..

    Reply
  16. zaza Debunga Pelangi says

    18 January 2013 at 6:24 pm

    wah…tahniah2…nanti kuar artikel nak pergi cari…moga AE terus suksess
    zaza Debunga Pelangi recently posted..Fesyen Cermin Mata & Kraf

    Reply
  17. Rabia Sensei says

    18 January 2013 at 6:32 pm

    Wah! Tahniah! semoga lebih banyak lagi peluang baik yang datang. In shaa Allah.
    Rabia Sensei recently posted..CIMB Property Mart Home Fiesta

    Reply
  18. Arrazi says

    18 January 2013 at 6:36 pm

    Tahniah. Semakin hari semakin maju ke hadapan. Semoga terus berjaya AE.
    Arrazi recently posted..Bahan Bakar Bagi Blogger

    Reply
  19. Juan says

    18 January 2013 at 7:27 pm

    wow masuk majalah plak, jadi kolumnis plak tuh, terbaik
    Juan recently posted..Ustaz Fathul Bari Mat Jahya dan Isteri Christian Masuk Islam

    Reply
  20. Kazen says

    18 January 2013 at 7:36 pm

    tahniah abg Ensem, semoga trus menerus murah rezeki 🙂
    Kazen recently posted..Quote of The Day #27 | Kebahagiaan

    Reply
  21. Lily Nrman says

    19 January 2013 at 7:33 am

    tahniah kerana berjaya mencapai bintang!

    Reply
  22. azman says

    19 January 2013 at 11:39 am

    Tahniah Bro,murah rezeki selepas bersara 🙂
    azman recently posted..Rangup!

    Reply
  23. Blog Keperawatan says

    19 January 2013 at 9:16 pm

    Tahniah sahabat..semoga rejekinya bertambah dan barokah aamiin..aamiin
    Blog Keperawatan recently posted..Penerimaan CPNS Tahun 2013

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Artikel Terkini

  • Tips Setel Loan Paling Jahat
  • Sesi Kocing Johor #2
  • Seminar Hartanah Johor : Ujub Menyentap Jiwa
  • Sesi Kocing Johor #1
  • Tekak Kering

Komen Terkini

  • Azman on Seminar Hartanah Terengganu : Sendu Bertukar Ceria
  • Azman on Tips Setel Loan Paling Jahat
  • INSURANS/TAKAFUL DALAM PELABURAN HARTANAH | CoachHartanah.com on Insurans/Takaful Di Dalam Pelaburan Hartanah
  • PencariMakan on Tekak Kering
  • Mohamad Helmi Hamdan on Ebook

Arkib

Statistik

رابو
26 Safar 1442
Now : Sunrise (06:58)
Next : Dhuhr (12:59)
Change location

Copyright © 2020 · Daily Dish Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in