Teknik Sublet Yang ‘Rare’

 

 

Sabtu lepas aku telah berkesempatan mengikuti satu siri seminar hartanah yang bertajuk ‘Seminar Sublet Serius’ anjuran Afiq Zhafri dan Wan Infolelong. Banyak input yang dikongsikan oleh mereka yang akan aku ceritakan dalam entri seterusnya.

Apa yang menarik untuk aku kongsikan di sini ialah beberapa teknik atau tips yang pada aku agak ‘rare’ yang telah disampaikan menerusi sesi soal jawab penceramah jemputan. Penceramah yang dijemput merupakan rakan sublet mereka yang telah memiliki 20 buah rumah untuk disublet dalam tempoh masa kurang dari 2 bulan. Difahamkan setiap rumah yang disubletkannya mampu menjana paling tidak pun RM150 sebulan. Ternyata beberapa teknik yang diberikan amat-amat mengujakan khalayak yang mendengarnya (termasuk aku), antaranya adalah :

  • Gunakan istilah ‘tolong jaga’ bagi menggantikan ‘sublet’ atau ‘sewa atas sewa’ apabila berhadapan dengan pemilik rumah.
  • Berikan diskaun sekiranya si penyewa membayar awal dari tarikh sepatutnya (turut dikongsikan di dalam buku Azizi Ali).
  • Subletkan rumah-rumah yang berhampiran dengan rumah anda bagi memudahkan anda menjaganya.
  • Letakkan tong gas kosong beserta sticker ‘Abang Gas’ terlekat pada tongnya bagi meminimakan kos sublet.
Terpegun mereka yang hadir dengan cara pembentangan penceramah jemputan

Terpegun mereka yang hadir dengan cara pembentangan penceramah jemputan

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui pengalaman dan pengetahuan beliau, inshaaAllah akan aku cuba bawakan beliau dalam seminar hartanah aku pada 24 Ogos nanti (jika beliau berkelapangan) manakala buat anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelaburan rumah sublet ini, senantiasalah mengikuti dinding facebook 2 nama di atas untuk maklumat terkini seminar.

AE : Rating aku untuk penceramah jemputan tempohari ialah ‘A+’.

19 Comments

  1. Anuar July 29, 2013
  2. kuala Lumpur-car-rental July 29, 2013
  3. matjoe July 29, 2013
  4. Zuan July 29, 2013
  5. Mohd Shubhi July 29, 2013
  6. Naziman Azlye July 29, 2013
  7. nashar July 29, 2013
  8. hafidz ahmad July 29, 2013
  9. Faizalpj July 29, 2013
  10. encikarman July 30, 2013
  11. Juan August 1, 2013
  12. ProfHariz August 2, 2013
    • siti March 9, 2017
  13. suryani January 27, 2015
    • abangensem January 28, 2015
  14. Ashraf Misran January 17, 2016
  15. siti August 9, 2016
  16. KERETA SEWA SUBANG August 15, 2016
  17. ahmad hasif August 15, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge