Tempat Jatuh Lagi Dikenang, Inikan Pula Tempat Aku Break-Off

leaderboard2 denaihati Banner

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat aku break-off

Kehadiran aku ke Fakulti Sains Gunaan semalam benar-benar mengimbau kembali nostalgia 19 tahun yang lalu, yang mana pada ketika itu aku masih lagi berada di semester ke 4 tahun ke 2 Diploma *tut* dan menjadi idola ramai gadis-gadis dari fakulti lain. Antara yang berjaya mencuri secebis hati aku (dari banyak cebis hati aku yang sudah diperuntukkan untuk gadis lain) ketika itu adalah seorang gadis ranggi bernama Tina, penuntut Diploma Food Technology  di Dataran Sains Gunaan inilah aku memutuskan hubungan cinta agung kami ketika itu. Semuanya dek kerna penangan awek sweet dari School of Secretarial Science (SS) yang telah berusaha sedaya upaya menggoda aku. Bukannya aku tak setia dalam bercinta tetapi dah menjadi sifat aku yang tak suka menghampakan perasaan wanita yang ingin bercinta dengan aku, maka keputusan untuk break-off akhirnya terpaksa aku ambil walaupun dengan rasa berat hati. Terima kasih buat awek Food Tech aku kerana benar-benar memahami ketulusan aku untuk tidak menghampakan awek sweet SS tersebut.. heh heh heh.

My handsome face is in the poster

Itu kisah 19 tahun dulu tetapi semalam aku kembali menjejaki anak-anak tangga fakulti tersebut kerana dijemput sebagai penceramah bagi sharing session bersama kakitangan dan pensyarahnya. Sekalung tahniah di atas kejayaan jawatankuasa penganjur kerana segalanya berjalan dengan lancar. Rata-rata yang hadir semuanya memberikan kerjasama yang baik dengan rentetan soalan-soalan yang agak mencabar untuk aku jawab. Dan seperti yang aku duga, ada juga di kalangan mereka sebenarnya yang telah pun mempunyai sejumlah rumah-rumah sewa sebagai bekalan mereka di usia persaraan nanti dan aku dapat rasakan yang mereka ini tidak akan mengalami kesukaran sekiranya mereka mula berpencen.

Bersama Jawatankuasa Penganjur (kecuali yang over posing tu)

Terdapat juga antara pensyarah-pensyarah muda yang agak comel yang terpegun dengan kekacakan aku, seperti MINAH INI dan nampaknya tidak sia-sialah aku menghabiskan hampir setengah jam di depan cermin pagi semalam bagi membentuk ‘remos’ ala-ala Nicolas Cage kerana dari ekor mata mereka yang hadir menampakkan rasa kagum yang aaaaamaaaaat sangat terhadap penampilan aku semalam.. haha. Apa pun insyaallah dalam entri yang akan datang akan aku perincikan beberapa perkara yang aku rasakan perlukan kupasan secara detail kerana masih terdapat wajah-wajah ‘blur’ tatkala perkara tersebut aku utarakan semalam. So, watch out for my next post.

AE : Agak kecewa kerana rata-rata pensyarah wanita yang hadir semalam telah pun berpunya.. huhuhu.

This entry was posted in my story and tagged . Bookmark the permalink.

27 Responses to Tempat Jatuh Lagi Dikenang, Inikan Pula Tempat Aku Break-Off

  1. matjoe says:

    sengal la nadot punya pose
    matjoe recently posted..You City Cheras – BBB Mode

  2. ReM says:

    Dari usha pensyarah elok usha students Bro, ke Bro takut age gap dah terlampau jauh….
    ReM recently posted..Iklan Raya Terbaik

  3. Anuar says:

    Hahaha.. memang dah agak dah.. Cuma tekaan saya kurang tepat..

    Saya teka AE ternampak awek jatuh dekat Dataran Sains Gunaan tu.. Rupa-rupanya cerita pasal Break Of.. hehehe..

    Takperlah AE.. Dah itu bukan jodoh awak..

    Tak sabar nak tunggu entri selanjutnya tentang Sharring Session yang AE join tu..
    Anuar recently posted..Rezeki Yang Tidak Di Sangka-Sangka Daripada Pelaburan Hartanah Tanpa Modal

  4. Nadot says:

    Tak terpegun langsunggg..taaakk… :|
    Nadot recently posted..Pencen Dari Berblogging

  5. MySham says:

    Amaran yang menakutkan dari pihak penganjur kepada sesiapa yang hadir ke seminar AE semalam..

    “..pihak kami tidak bertanggungjawab jika anda menjadi jutawan, semakin kaya dan berjaya selepas ini..”

    “..pihak kami tidak bertanggungjawab di atas keuntungan pelaburan anda selepas mendengar ceramah ini…”

    kalau sesiapa baca pun…memang akan jadi takut kalau TAK pergi! hehehe…
    MySham recently posted..Suasana Lumayan Condo, Bandar Sri Permaisuri

  6. perghh…bagus2..tapi karangan tu jgn poyo sgt boleh tak hahahah
    Zarul Umbrella recently posted..Wordless Wednesday – Payung!

  7. Nurul says:

    Hahaha comel jer yg over posing tu…
    Nurul recently posted..Wordless Wednesday: Salam Lebaran

  8. Posing MINAH tu memang paling menonjol laaa
    hazman aka species1980 recently posted..HAZMAN vs FOOD ( 2 McDonald’s CHICKEN FOLDOVER ) untuk MAKAN SAHUR

  9. adam dzirhan says:

    Cun giller minah kat tgh tu…posing mauts

    Bro.. Aku nak beli buku celik IT tu? Let me know the process?
    adam dzirhan recently posted..Issuance Strata Title During VP

  10. Aslam says:

    Asal nadot mcm gitu? Hmm.. Geleng kepala tgk.. Aishh
    Aslam recently posted..Diskaun Tol Sempena Hari Raya Aidilfitri 2012

  11. ariff says:

    “dan menjadi idola ramai gadis-gadis dari fakulti lain”

    menyesal aku baca entri ni
    ariff recently posted..Wordless Wednesday #14

  12. shahroll says:

    Fakulti FSG mmg ramai awek2 hot.. muhehehehehe~

    Salam kunjungan Abang Ensem! =)

  13. sweetkurma says:

    ishhhh entry terlalu banyak perasan dan perasaan…. pedih ulu hati baca, apa nak buat dah terlanjur baca… teruskan jer lah….
    nadot…super cute lah…. :D
    sweetkurma recently posted..setitis cahaya di aidilfitri

  14. hidayah says:

    Rupanya AE boleh hasilkan entry yg suuwiiitt jugak ya.. Hehe… Sgt ssuuwwiitt , walaupun ada unsur masuk bakul angkat sendiri… :)
    hidayah recently posted..kali ini tips blogging dari Fatin Liyana

  15. namia says:

    perasan nye tak tergoda pun hehehe

  16. halif says:

    Arghhh…nak balik semula ke UiTM..nak sesak2 kat Kolej Delima tapau makanan sambil usha awek….waaaaaa…..Cis!!!!entri yang buat aku kembali mengenang nostalgia lama
    halif recently posted..Tol Oh Tol!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge