Terima Kasih Orang Johor

Setelah hampir seminggu dilanda kesibukan berbisnes. Hari ini barulah aku sempat menyiapkan kisah aku di Johor tempohari. Ya, bagi anda yang tidak mengetahuinya, sabtu lepas aku telah berada di Johor Bahru untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan hartanah dengan warga Johor.

Jika seminar pertama dulu, aku bersama-sama dengan Tuan Bri berseminar di Hotel Seri Malaysia tetapi untuk kali ini, jemputan berseminar telah aku terima dari Bro Shafie Bustan a.k.a Pie.

Jika seminar pertama dulu, aku ber’Estima’ bersama-sama rakan-rakan blogger aku dari Shah Alam tetapi untuk kali ini, aku hanya ditemani oleh steward-stewardess di atas flight tambang murah terbaik dunia.

Alhamdulillah, kehadiran aku kali ini tidak selamanya berseorangan, sebaliknya beberapa kenalan online telah sudi meluangkan masa bersamaku dan seterusnya memayung makan malamku.. hehehe. Terima kasih Brader Rezduan.

Bak kata pepatah melayu, bila perut kenyang hati pun akan menjadi senang dan itulah yang berlaku pada pagi kejadian apabila segala ilmu dan pengalaman aku selama ini telah dapat dikongsikan dalam tempoh masa hampir 3 jam setengah dan dari raut muka mereka, semuanya seakan puas dengan inti pati perkongsian aku pagi itu.

Seminar Hartanah Johor

Kepuasan yang tergambar di muka para peserta saat Abang Ensem ‘beraksi’

Terdapat satu poin yang aku rasakan patut aku kongsikan dengan anda bila mana aku diasak dengan soalan berkaitan overdraf usai sesi makan tengahari aku pada hari tersebut. Ramai sebenarnya yang kurang memahami akan kemudahan overdraf yang disediakan oleh pihak bank kepada mereka. Sangka mereka penggunaan overdraf yang maksimum tidak akan memberi kesan kepada mereka. Ternyata ada kesilapan di situ. Apa yang perlu anda ketahui ialah, elakkan dari berlaku 3 situasi berikut ‘sepanjang masa’ ke atas kemudahan overdraf anda :

  1. Sentiasa berbaki negatif.
  2. Penggunaan overdraf yang maksimum.
  3. Tiada rekod tujuan pengeluaran dilakukan. Ini penting kerana pihak bank akan menilai samaada pengeluaran tersebut akan menguntungkan anda atau pun tidak.

Alhamdulillah, si penyoal akhirnya memahami akan perkara ini dan aku dapat rasakan yang pengetahuan ini patut aku kongsikan di blog ini kerana ianya akan memudahkan proses kelulusan pinjaman anda kelak.

Seminar Hartanah Johor

Sebahagian dari peserta seminar

Buat warga Johor (sebahagiannya ada dalam gambar di atas), yang telah memenuhkan bilik seminar tempohari, terima kasih kerana memberikan aku ruang untuk ‘beraksi’ dan berbanyak terima kasih juga atas perhatian yang anda beri di sepanjang perjalanan kelas aku pagi itu.

3 Comments

  1. Anuar May 22, 2014
  2. Hero Borneo May 22, 2014
  3. Farisya Anastasyia June 10, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge