Terkejut!!

Aku mendapat mesej ini di inbox FB aku semalam.

4 Rumah Menerusi Blog Abang Ensem

Tanpa aku minta.

Tanpa aku kenal pengirimnya.

Tanpa aku tahu apa motif beliau.

Dan aku benar-benar terkejut dengan pengakuannya.

4 buah rumah dibeli beliau hanya berdasarkan perkongsian ilmu dari blog aku?

Hilang akalkah mamat ni? Bukan setakat anda, malah saya pun kurang percaya pada asalnya. Namun apabila saya imbas kembali pengalaman saya 15 tahun dulu, ianya bukanlah sesuatu yang mustahil.

Aku bermula dengan hanya membaca buku-buku pelaburan tulisan ‘orang luar’. Tiada buku dengan judul “WTF”. Apatah lagi dengan tajuk “Mudahnya Beli Rumah”. Namun, buku-buku tulisan Dolf De Roos, Robert G Allen dan Robert Shemin telah berjaya me’mangkin’kan ‘confident level’ aku untuk memulakan langkah dan aku harus akur kepada pengakuan Hazli Fauzi ini.

Tiada yang mustahil sebenarnya.

Dan aku gembira untuk berkongsi lebih banyak ilmu hartanah lagi. Malah bukan setakat tulisan aku, sebaliknya tulisan rakan-rakan pelabur aku yang lain kerana setiap dari mereka, hadir dengan ilmu pelaburan mereka yang tersendiri.

Justeru, aku amat-amat mengalu-alukan anda untuk memiliki ‘buah tangan’ terbaru Serikandi Hartanah kita ini (sila klik –> SINI).

Moga ianya bermanafaat.

6 Comments

  1. Alongxp February 9, 2015
  2. Kewangan Graduan February 9, 2015
  3. abjbbr February 9, 2015
  4. ohcikgu February 10, 2015
  5. Dr Fattah February 11, 2015
  6. maizul February 15, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge