Terkejut beruk aku..

Mana tak terkejut beruk aku bila yang menunggu aku untuk lunch tengahari semalam adalah seorang top sales unit trust agent yang sememangnya telah diatur oleh member Petronas aku. Dari lenggok gaya, tutur kata dan rupa parasnya aku dah dapat agak yang minah ni sure top performer punya agent dan agakan aku sememangnya tepat bila si minah ni menunjukkan newsletter keluaran Oktober tahun lepas yang ada terpampang wajahnya di tangga keempat dengan pendapatan lebih sikit dari suku juta ringgit SEBULAN. Sebulan punya income dah lebih suku juta.. mak aiiii dan lebih mengejutkan aku bila aku dapat tahu yang usia minah ni baru nak menghampiri pertengahan 20an. Pandai betul member aku cari agent dan aku juga tumpang bangga la sebab dapat duduk semeja dengan top sales agent in Malaysia. Namun, nasib aku agak malang sebab aku terpaksa menjadi consultant kepada member aku yang tak berapa faham tentang pelaburan unit trust ni. Takkan aku nak kata “jangan invest dulu dalam equity fund sebab share market dok mencanak naik”. Karang jatuh pulak air muka minah ni tapi itulah hakikatnya yang perlu korang tahu iaitu buat masa ini jauhkan dulu fund yang bergantung sepenuhnya kepada equity /share market tapi kalau korang nak masuk juga, make sure yang korang tak ‘dump’ semua duit korang tu buat masa ini. Karang jenuh pulak korang nak buat dollar cost averaging untuk cover balik price yang bakal jatuh tetapi kalau sekadar untuk mencukupkan syarat ‘buka akaun’, terpulang la. Apa pun, nasihat percuma dari aku “pastikan yang korang belajar atau timba ilmu dulu tentang perkara-perkara asas yang berkaitan dengan pelaburan saham amanah ni. Jangan main ikut je cakap orang”.

AE : Paling aku terkejut bila aku tengok mamat di tempat kelima untuk kategori top sales agent ialah member yang duduk kat katil bawah aku masa kat sekolah asrama dulu. Pendapatan bulan Oktobernya hampir mencecah RM250K sebulan dengan hanya berstatuskan part time agent je. Gila la korang ni.. huhuhu.

8 Comments

  1. tomato January 19, 2011
  2. GBuddy January 19, 2011
  3. aslam January 19, 2011
  4. algu January 19, 2011
  5. matjoe January 19, 2011
  6. peruzz January 19, 2011
    • abangensem January 19, 2011
  7. aslam January 20, 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge