TERKEJUT.
Saat mendengar cerita yang disampaikan oleh rakan bloggerku, Dr Aslam (bukan nama sebenar) yang mengatakan nama aku telah disebut di dalam sebuah majalah berkonsepkan dekorasi rumah keluaran bulan ini. Aku sangkakan Tuan Doktor kita ini cuba nak buat lawak dan saat aku mengejek beliau, Tuan Doktor hanya mampu membalas.. “Kejap lagi aku whatsapp kat ko gambar dia kalo ko tak caya”. Serius je bunyinya beb!!
TERGAMAM.
Saat 3 paparan imej dikirimkan oleh Dr Aslam (bukan nama sebenar) ke skrin BBku dan tika itu tiada apa yang mampu aku ucapkan melainkan rasa tidak percaya terhadap apa yang aku lihat.
“Siapa penulis artikelnya?”
“Kenapa majalah ini yang dipilih untuk menyiarkan nama aku?”
“Bila masa Meor Zaidee ni diangkat sebagai blogger hartanah terkenal sebab si empunya nama tersebut hanyalah blogger biasa-biasa saja. Kalau blogger hartanah yang ensem, mungkin ada betulnya jugak.. hehehe”
TERUJA.
Saat membaca bait-bait ayat di dalam imej tersebut, aku terasa sungguh bangga. Bukan kerana nama aku disebut, sebaliknya kerana ada yang menghargai ilmu yang aku kongsikan sebelum ini. Walaupun isi kandungannya telah diubah sedikit dari artikel asal aku di MajalahNiaga, tetapi ‘kerangka besarnya’ masih lagi berpaksikan cetusan idea aku. Terima kasih dari aku buat si penulis, Puan Nadia Khadijah Zakaria.
Dan sekembalinya aku dari ofis petang itu, berlari-lari anak aku ke mynews.com, kedai majalah yang terdapat di Stesyen LRT Kelana Jaya dan alhamdulillah naskhah akhir Anjung Seri keluaran Julai 2012 di kedai itu telah berjaya aku perolehi. Ternyata ketika kali kedua nama aku disebut ini (selepas Majalah Personal Money), ianya mampu membangkitkan semangat aku untuk terus berkongsi ilmu agar semakin ramai yang bakal mendapat manafaatnya dan sehingga kini, aku masih lagi mencari peluang untuk merealisasikan impian tersebut di media cetak pula. Doakan ye..
AE : Majalah kewangan sudah, majalah dekorasi pun sudah. Harap-harap lepas ni boleh la aku keluar kat Majalah Mangga pulak. Mana la tau kot-kot boleh berposing dengan Neelofa kat tepi swimming pool.. hehehe.













kan aku dah kata,tak caya… haha
aslam recently posted..Layanan Jakel Shah Alam memang terbaik
wah!!hebatnya..dah semakin dekat dah dengan impian AE.Tahniah
Betul..memang majalah Mangga la yang Paling Sangat Sesuai untuk AE masuk.. (^_^)
Nadot recently posted..Ramadhan Giveaway Lizahanum
neelofa pulak dah…
ariff recently posted..Kedai Kain Rakyat 1Malaysia
Majalah remaja laa sesuai bro…bro berGAMBAR dengan rozita che wan..hahaha,mengamuk je jai nanti…
eyriqazz recently posted..Ikan Bakar Kampung Teluk Tempoyak, Pulau Pinang
nak sign!!!! hehehehe tahniah ye
sha recently posted..Samsung Galaxy Tab 10.1 di dalam Air Asia X
Perghhh!! Tahniah.
Mahzan recently posted..You know you’re old when …
Tahniah AE, saya tengah baca entri AE yang lepas-lepas ni… sangat berguna, saya doakan anda kaya dan berjaya dan tidak lokek ilmu didada….
Tahniah AE..
Selepas ini blog AE semakin dikenali..
Memang Berbaloi strategi AE behenti kerja makan gaji..
Anuar recently posted..RM500 Untuk Dimenangi Di Blog Coretan Anuar
tinggi impian nak berposing dgn neelofa… tak pe.. impian tu perlu ada… baru lah terbitnya usaha…
tahniahlah… bukan semua blogger dpt peluang mcm abg ensem dpt…
faizulosman recently posted..Perkahwinan Termuda ( 16 Tahun & 14 Tahun )
Jangan keluar majalah playbuaya sudah lerrr..hehe
JAI recently posted..Segmen Seni Lukisan | Mat Selamber
hahhaahah… mesti laku!!
KiD recently posted..Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 shakiddo.com
Oh!TakSanggupAkuTengok.com!
saya meliha itu semua berlaku pada passion bro AE terhadap hartanah. Kerana passion mendalam, di anggap sebagai pakar. Maka, nama akan di quote dalam majalah.
iAwani recently posted..Giada i53 Mini PC Jimatkan Ruang Meja
tu lah namanya rezeki yg tak disangka-sangka
Denaihati recently posted..Contest SEO faedah kepada penganjur dan peserta
Suke selingan AE yang nakal2 tu. what a skil!
halif recently posted..Kena PAU dengan budak sekolah di Danau Kota
Tahniah A.E mmg terkenal dah tu…mungkin selepas kontest hari tu kut,byk yg share kat fb,twitter dll,jadi secara tak langsung banyak penulis majalah yang baca dan ulaskan semula apa yg A.E kongsikan.
azman recently posted..FaceBoutique – Tudung Online Dan Fesyen Muslimah Terkini
giler ah, terbaik der, memang ensem lah kalau masuk majalah, semangat boleh jadi berkobar kobar
Juan recently posted..Bonus Setengah Bulan Gaji | Bayaran Khas RM500 Sempena Raya 2012
terbaeklah bro lepas ni cipta nama jadi penyanyi backup soundtrck Kerat14 pulak
Zarul Umbrella recently posted..Nota Dari Beijing dan Aaron Aziz
majalah terkenal boleh jer masuk..tak kan mangga tak leh kan..haha..jeles la nanti tgok AE ngn neelofa…
Hafizul recently posted..Castrol Untuk Motor Baru