Teruja Di Havoc Hartanah 2

Semalam berlangsungnya Konvensyen Havoc Hartanah Siri 2 di Kompleks Kraftangan, Jalan Conlay. Seperti yang diwar-warkan sebelum ini, aku merupakan salah seorang penceramah jemputan. Slot yang diberikan adalah pada sebelah petang dan ini merupakan kali pertama aku membuat pembentangan di sebelah petang.

Tajuk yang aku sampaikan ialah, “Tips Sewaan Rumah : Bagaimana Saya Menguruskan 14 Buah Rumah Sewa”. Tiada apa yang istimewanya pembentangan aku semalam. Segala-galanya berkisarkan cara dan kaedah yang aku praktikkan di dalam menguruskan semua rumah-rumah sewa aku. Malah, tips yang aku kongsikan lebih kepada ‘common sense’ yang aku rasakan kebanyakan orang tahu.

Havoc Hartanah

Adat bagi seorang penceramah, rasa gugup pasti menjadi lumrah. Begitu juga aku. Ditambah pula dengan jumlah peserta yang dianggarkan sekitar 400 orang yang mana semua mata tertumpu kepada aku di atas pentas.

Menggerunkan.

Gelisah.

Tak tentu arah.

Havoc Hartanah 2

Alhamdulillah, hasil dari ilmu di Kelab Pidato Perdana yang aku sertai tahun lalu banyak membantu. Pengawalan khalayak peserta berjaya aku lakukan. Komunikasi 2 hala walaupun tidak menyeluruh mampu mengurangkan gelisah aku. Malah, gelak tawa dari peserta terhadap humor slapstik yang aku selitkan ternyata meyakinkan aku bahawa mereka sedang fokus terhadap penyampaianku. Terima kasih buat peserta yang hadir.

Ustaz Raisul Fadhla adalah individu yang menjebakkan aku di pentas seminar

Ustaz Raisul Fadhla adalah individu yang menjebakkan aku di pentas seminar

Havoc Hartanah telah selesai. Kini masa untuk aku kembali fokus kepada Kelas Hartanah bulananku yang bakal mengambil tarikh 18/10/14 untuk dilangsungkan. Semoga sambutan yang bakal aku terima mampu membuatkan aku tersenyum. Oleh itu, buat mereka yang berminat untuk menyertainya, link –> INI mampu mempertemukan kita nanti.

P/S : Tidur lena la aku malam ni.. hehehe.

6 Comments

  1. nashar September 22, 2014
  2. mama arif September 22, 2014
  3. Thalib September 22, 2014
  4. Mummy Dina September 22, 2014
  5. hikaru matsushima September 24, 2014
  6. siti hazreen September 28, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge