The Nomad Offices : Penyelesaian Buat Para Usahawan

Apakah perkara yang merunsingkan kepala para usahawan seperti saya di abad ini?

Ya, jawapannya ialah ruang kerja atau pejabat untuk saya beroperasi. Dengan pasaran hartanah komersial yang kian mahal, ditambah pula dengan kadar sewa yang kian menghakis akaun bank syarikat, ini semua bakal memeningkan lagi kepala para usahawan.

Kini, jawapan kepada kesemua masalah di atas bakal dapat dirungkai dengan terbinanya satu ruang lingkup pejabat hasil usaha satu syarikat bergelar The Nomad Offices dan ruang kerja yang disediakan mereka ternyata pada kadar yang amat-amat munasabah (bagi saya) bersesuaian dengan alamat lokasinya.

The Nomad Offices 3

Bagi anda yang kurang mahir dengan pasaran hartanah komersial, terdapat beberapa kriteria yang menjadi mercu pilihan para usahawan, di antaranya adalah :

  • Alamat Perniagaan

Untuk point ini, The Nomad Offices pastinya menjadi pilihan para usahawan kerana 5 lokasi yang disediakan mereka berada dalam kawasan yang boleh dianggap sebagai ‘segitiga emas perniagaan’ dan anda sendiri boleh melihat kebenarannya menerusi letak duduknya alamat bakal usahawan :

1) Menara Prestige, Jalan Pinang
2) Pavilion KL, Jalan Bukit Bintang
3) Menara Hap Seng, Jalan P. Ramlee
4) The Gardens, Mid Valley
5) Solaris, Mont Kiara

Pemandangan menarik dari salah satu tingkap The Nomad Offices

Pemandangan menarik dari salah satu tingkap The Nomad Offices

  • Harga atau Kadar Sewa

Bermula dari serendah RM699 sebulan untuk ruang pejabat paling kecil adalah cukup rendah bagi usahawan baru seperti saya. Malah jika saya tidak memerlukan ruang kerja, kadar sewa virtual office (serendah RM130 sebulan) yang disediakan mereka amat-amatlah bersesuaian dengan bajet perniagaan para usahawan baru. Setidak-tidaknya, dengan kadar sebegini para usahawan baru dapat meminimakan kos overhead sewa dan dapat memperuntukkan bajet selebihnya kepada kos promosi dan produksi demi untuk mengembangkan lagi syarikat mereka.

  • Fasiliti & Kemudahan

Sesuatu yang amat menarik perhatian saya ialah konsep ruang kerja yang ceria dan teratur beserta kemudahannya yang mampu melonjakkan imej prestij saya sebagai seorang usahawan. Kelengkapan mesin faks, fotostat sehingga ke binding machine turut disediakan kepada para penyewa The Nomad Offices ini. Tambahan kepada semua ini, perkhidmatan penerima panggilan (receptionist) dan pesanan mampu menjadi nilai tambah kepada para usahawan yang maha sibuk dengan aktiviti luar perniagaan mereka.

Bagi mereka yang mempunyai anak, The Nomad Offices turut menyediakan ruang kecil untuk anak-anak mereka yang dibawa bersama dengan kemudahan lounge untuk melepak dan disertakan dengan mainan PS3 sebagai tarikan buat anak-anak yang boring ketika di ofis.

Ruang keluarga The Nomad Offices

Ruang keluarga The Nomad Offices

Nah, 3 kriteria penting telah dapat dikenal pasti dan diselesaikan oleh The Nomad Offices dan bagi anda yang tercari-cari ruang kerja untuk perniagaan anda, mungkin anda boleh cuba melihat-lihat kemudahan yang disediakan mereka di LINK INI.

AE : Ini adalah ulasan peribadi saya berdasarkan pemerhatian yang saya lakukan ketika dijemput melihat sendiri ruang kerja yang disediakan mereka.

3 Comments

  1. KiD July 6, 2013
  2. Anuar July 7, 2013
  3. service office singapore July 25, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge