Malam tadi, sepertimana rutin setiap kali pulang ke kampung, sesi melepak ke dinihari berlangsung seperti biasa dengan Grup Whatsapp “Laga Lutut” aku. (Grup Laga Lutut ini terdiri daripada para peminat tegar aku yang berada di Teluk Anson). Dan malam tadi buat pertama kalinya ahli baru grup ini, Muhamad Fadhlan telah mula memunculkan diri.
Banyak yang kami gossipkan malam tadi. Dari topik scammer hartanah terkini sehinggalah kepada rasa amarah salah seorang
ahli grup yang hadir. Beliau (maaf, namanya terpaksa dirahsiakan) amat tidak berpuas hati kepada ‘mereka’ yang bercerita tentang betapa mudahnya ‘refinance’ rumah yang dibeli. Sudahlah bercerita perihal yang indah-indah, lagak perkongsian FB ‘mereka’ pula seolah-olah segalanya mudah.
Seperti biasa aku hanya tersenyum sinis 😏
Kata beliau lagi, dek kerna perkongsian secara terbuka dari ‘mereka’ di social media, proses pembiayaan semula beliau mengalami jalan buntu. Banyak prosedur yang ditetapkan oleh pihak bank menyukarkan lagi pembiayaan semula beliau sedangkan pada masa yang sama, permohonan untuk rumah barunya (bukan rumah yang di’refinance’kan) dan juga pinjaman kereta barunya begitu mudah diluluskan. Pening dan stress beliau ketika itu bila,
a. Pihak bank membenarkan tempoh pembiayaan semula mengikut kelayakan, tetapi untuk pengiraan Debt Service Ratio (DSR), pihak bank akan menggunakan amaun instalmen berdasarkan 10 tahun pembiayaan yang jauh lebih tinggi dan bukannya amaun mengikut tempoh kelayakan umur itu tadi.
b. Pihak bank yang dipohonnya juga, hanya mengambil 50% dari jumlah ‘nett income’ rumah sewa beliau dan ianya lebih diburukkan lagi bila mana ada beberapa buah rumahnya yang negative cashflow.
c. Dan lebih menyukarkan lagi bila mana pihak bank yang dipohon hanya menerima sewaan menerusi online transfer yang tertera nama penyewa dari sewaan yang dibuat menerusi “Cash Deposit Machine” (CDM). Ini bagi mengelakkan aktiviti memasukkan duit sendiri bagi membuktikan yang ianya income sewaan yang diperolehi.
Dan nasib baiklah di kala beliau berkeadaan stress tempohari, beliau masih ‘sudi’ menghubungi aku untuk bertanyakan solusi dan setelah beberapa ‘jurus’ aku kongsikan bersama beliau (maaf juga sebab aku tak dapat kongsikannya secara terbuka), Alhamdulillah pembiayaan semula beliau itu tadi diluluskan dengan jaya lagi bergaya.
Hasilnya, 2 gelas air suam aku malam tadi dipayungkan sepenuhnya oleh beliau. Sebenarnya, ini yang aku malas bila mengeteh dengan Balak, diorang cuma bagitau nak payung bila time nak bayar. Kalau la aku tahu dari awal, dah tentu-tentu aku request Briyani Lamb Shank 2 ketul.
Dem !!
Banyak pakar2 teori, sesenang taip di keyboard ABC, ramai yang kagum, tanpa melihat kekuatan sendiri end up jerat diri sendiri. Salah satu sebab bank ketatkan syarat refinancing adalah kerana si peminjam enjoyed duit cash out, lepas tu tak mampu nak bayar balik …
Terima kasih sebab berkongsi info yang menarik.
Ira recently posted..Kenapa Kita Perlu Pakai Sunblock Dan Sunscreen
bab refinance, lulus loan, apa saja yang ada kaitan dgn mintak duit daripada bank memang patut dirahsiakan sikit..bila dah ramai sangat yang tahu, memang logik kalau bank tiba-tiba ubah prosedur.
diorang bukan bagi pinjam duit sendiri, tapi duit deposit daripada pemegang akaun yang dilaburkan semula..ada amanah yang perlu dijaga 🙂
Amir Mazlan recently posted..Jual barang online tanpa perlu susah-susah mengadap WhatsApp berjam-jam
hehe. yang last tu lawak. silap kan tak order mahal2. heeeeeeeeee.
btw, tq kongsi boss 🙂
Betul tuan, bukan semuanya indah dan mudah. Perkongsian dari mereka yang lebih berpengalaman sebenarnya lebih banyak membantu untuk persiapkan diri.
Al-Manna Ameer recently posted..Al-Salwa Ameer
Haha, betul tu tn. Proses untuk uruskan rumah & hartanah ni bukannya mudah. Bila banyak sangat perkongsian yang kononnya cakap boleh buat income hasil sewaan rumah, hakikatnya perkara tersebut bukanlah sesenang ABC. Apa pun artikel yang sangat membuka mata. Thumbs up tn.
Sistem perbankan sekarang dah tak pandai berniaga sebab rule n regulation dari BN
Kalau susah bagi loan dorang sendiri pun effected cos income bank sendiri adalah majoriti dari aktiviti memberi pinjaman…kalau x nak bagi pinjam tutup je bank tu..ahaks
Semua orang mempunyai pendapat dan pandangan yang berlainan. Yang penting adalah hormat tentang semua pendapat dan pandangan walaupun tidak setuju.
Terima kasih sudah berkongsi info yang menarik.
Terima kasih kongsi info yg boleh jd kn panduan macam ni
Kauthar mohd recently posted..Promosi Harga Vivix 2018 – Pengedar Vivix Tersohor
Belum berhasrat nak refinance rumah tapi nak tahu jugalah tips dan tricks nya.