Tip Buat Duit Tepi Di Bandung

  1. Bagi yang pernah ke sana pasti sudah sedia maklum yang anda bakal di’himpit’ oleh peniaga jalanan semasa anda bershopping. Begitu juga aku.
  2. Mereka akan mengikuti aku ke mana sahaja sambil meminta aku membeli barang jualan mereka. Sepertimana lazimnya, mereka yang pernah ke sana pasti tidak akan menggalakkan anda berurusan dengan peniaga ini. “Takut kena tipu”, menjadi alasan mereka. Aku juga tidak terkecuali dinasihati begitu.
  3. Namun, dikala ramai di kalangan ahli rombongan yang menjauhi mereka, nasihat mereka aku tukarkan menjadi peluang.
  4. Jika anda fikirkan secara logik, mereka adalah kumpulan terbaik untuk anda ber’negosiasi’, sementelah barangan jualan mereka bukanlah dari kategori barangan mewah. Kebanyakannya hanyalah barangan cenderahati. Malah, mereka juga tidak perlu menanggung kos sewa kedai dan pekerja.
  5. Lantas, aku mula ber’negosiasi’ dengan penjual ‘fridge magnet’ ini. Asalnya, mereka menawarkan Rp100,000 bagi 18 keping ‘fridge magnet’ ini kepadaku. Sengaja aku tidak mengendahkan tawaran mereka dan dengan muka selamba, aku hanya berkata “Kalau harga sebegitu untuk 60 keping, saya ambil”.
  6. Di situlah proses tawar menawar bermula. Dari 18 menjadi 24. Dari 24 meningkat ke 30 dan akhirnya, the deal was done (di pintu van) at Rp100,000 untuk 36 keping. Dalam erti kata lain, sekeping magnet hanya berharga RM0.83 sahaja.
  7. Apa yang berlaku berikutnya adalah ‘LEJEN’.
  8. Fridge magnet itu aku simpan sehingga ke hari kami berada di pintu berlepas airport. Hanya dengan pertanyaan, “Korang dah beli fridge magnet ke?”, muka seorang demi seorang ku lihat sugul. “Alamak !! Lupa la”, menjadi ayat klise mereka dan pada ketika inilah satu lagi urusan jual beli berlangsung dan tidak molek rasanya aku memberitahu harganya. Cukup sekadar, ROI aku untuk fridge magnet tersebut menghampiri angka 100%. Lumayan bukan?
  9. Buat rakan-rakan SLKK ku. I love you all very tight. Bertabahlah. Itulah yang membezakan Presiden dan Ahli Biasa… kikiki.

SLKK ke Bandung

4 Comments

  1. Nurolhuda April 27, 2016
  2. Afif Rayyan April 28, 2016
  3. KERETA SEWA SUBANG May 10, 2016
  4. ira December 21, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge