#TipHartanah : Jenis Tanah

Anai-Anai

#TipHartanah :

Ambil tahu jenis tanah di kawasan rumah yang ingin korang beli.

Rasional :

Bagi memudahkan korang mengenal pasti akan risiko yang bakal dihadapi sebagai pembeli dan seterusnya dapat dijadikan sebab untuk meminta diskaun dari si pemilik rumah. Sebagai contoh, jika kawasan tersebut asalnya merupakan kawasan penanaman pokok-pokok getah, maka rumah tersebut berisiko diserang anai-anai dan jika jenis tanahnya adalah jenis tanah lombong, dinding rumah tersebut berisiko untuk ‘crack’.

Kaedah Mendapatkan Diskaun :

Semasa sesi ‘site viewing’, cuba periksa kabinet berkayu samaada ada tanda-tanda dimakan anai-anai atau tidak dan untuk melihat samaada binaan rumah itu berisiko untuk ‘crack’, periksalah keadaan longkang atau binaan dinding rumah tersebut. Jika tanda-tanda tersebut ada kelihatan, pandai-pandailah korang minta kurangkan harga rumah tersebut.

3 Comments

  1. Faizal Farhan Zainal January 13, 2014
  2. Mar January 14, 2014
  3. siti hazreen January 14, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge