Tips Bebas Hutang

Alhamdulillah.

Semalam sekali lagi wajah aku terpampang di salah sebuah akhbar. Terima kasih kepada Sinar Harian di atas peluang yang diberi. Tidak pernah aku termimpi beberapa tahun lalu yang satu hari nanti aku bakal dipaparkan di pelbagai rangkaian media perdana.

Abang Ensem @ Sinar Harian

Abang Ensem @ Sinar Harian

Sebenarnya tiada apa yang istimewanya tentang aku. Hanya seorang pelabur ‘kecil’ yang strategi pelaburannya hanyalah berkisar kepada pendapatan sewa yang hanya sekitar 4 angka sebulan. Cuma, aku bernasib baik kerna aku telah merancang dengan sebaiknya hutang-hutang aku kerana matlamat aku, tidak perlu menjadi kaya sebaliknya cukuplah sekadar hidup tanpa dibebani hutang.

Ya, di ketika ini aku hanya mempunyai hutang kereta yang ‘sengaja diambil’ (for tax purpose) walaupun telah mempunyai 2 buah kereta ‘kecil’ tanpa hutang, hutang rumah idaman yang hanya sedang menunggu masa untuk dilangsaikan dan baki kad kredit yang berjumlah beberapa ratus sahaja. Selebihnya, hanyalah hutang-hutang rumah sewa yang perlu dibayar menerusi sewa bulanan para penyewa aku.

Bagaimana aku boleh mencapai ke tahap ini? Jawapannya mudah, “bersederhana dalam setiap perbelanjaan” selain beberapa tips berikut yang perlu anda ikut :

  • Hadkan ‘credit limit’ kad kredit anda seminimum mungkin. (Kad aku hanya berlimitkan RM3K sahaja)
  • Pandu kereta yang ‘kecil’ harganya (Aku hanya berWira & Saga untuk ke mana-mana destinasi)
  • Beli rumah yang ‘kecil’ dahulu selari dengan perkembangan keluarga anda (aku bermula dengan apartmen kecil bersaiz 850sqft sebelum berpindah ke teres 1,500 kaki persegi)
  • Elakkan Personal Loan (PL) melainkan duit yang diperolehi mampu mengembangkan lagi nilai bersih aliran tunai anda (aku hanya menggunakan PL sebagai ‘deposit sementara’ pembelian rumah pelaburanku)
  • Simpan semaksima mungkin secara konsisten walaupun hanya sekadar amaun yang kecil (simpanan tahun pertama aku dahulu hanyalah RM50 sebulan sebelum akhirnya mampu mencecah ribuan ringgit simpanan kini)
  • Jangan tukar perabot/perkakasan rumah selagi ianya belum rosak (aku masih lagi menggunakan ‘tv gemok’ untuk menonton ‘Sayangku Kapten Mukhriz’ setiap petang)
  • Zakat & Sedekah <– anda tidak akan miskin jika melakukannya.

Percayalah, anda mampu melakukannya !!

6 Comments

  1. Noriza Rahman August 11, 2016
  2. Klezcar-Subang August 11, 2016
  3. ahmad hasif August 15, 2016
  4. Khaziq August 18, 2016
  5. Kereta Sewa Shah Alam August 19, 2016
  6. nurul fatin adiana October 13, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge