Tips Beli Rumah Baru

 

Akhir-akhir ini ramai betul yang mengirimkan soalan yang akan-akan sama je bunyinya kat aku.

“Bro, ok tak projek bla bla bla ni?”

“Bang Ensem, kalau Abang jadi saya, Abang beli tak projek bla bla bla?”

Dan biasanya, aku hanya melihat siapa pengirimnya. Kalau awek, dengan lajunya aku akan membalas tapi kalau balak, akan ku delete sepantas mungkin.. hehehe.

Ya. Ramai bertanyakan tentang patut atau tidak untuk mereka membeli projek baru tersebut dan apa yang mampu aku berikan adalah beberapa tips beli rumah berikut :

  • Survey lokasinya terutamanya demand

Cuba lihat apa yang ada di persekitarannya, i.e. shopping mall, kolej dan sebagainya. Kalau ada shopping mall, cuba perhatikan crowd yang berpeleseran kat situ. Adakah jenis yang stylo dan berpoket tebal seperti aku (yang mampu sewa ribu riban) atau jenis yang pakai tak siap je rupanya. Kalau kolej pula, cuba korang buat-buat tanya kat bahagian hal-ehwal pelajarnya, kalau korang jadi student kat situ, cukup tak asrama untuk studentnya tinggal. Kalau tak cukup maknanya kawasan itu berotensi besarlah untuk disewa.

  • Usha pemajunya

Kenali siapa pemajunya. Listed ke tidak kat Bursa Malaysia. Kalau listed, berapa pulak harga saham mereka yang di’trade’kan kat situ. Juga dapatkan juga senarai projek-projek terdahulu samaada siap on time tak atau dok delay memanjang. Tengok juga jumlah kenaikan harga pasaran bagi projek-projek terdahulu. Kalau korang rasa macam susah je nak dapat info, korang google search je la semua yang korang nak tahu. Settle.

  • Compare harganya

Bandingkan dengan harga untuk projek-projek di sekitarnya mengikut kaki persegi. Kalau mahal sangat dan susah untuk korang dapatkan positive cashflow dari sewa bulanannya, sila abaikan.

AE : Buat Cik Huda, Abang Di harap soalan Cik Huda telah Abang Di jawab dengan gigihnya. Kalau Cik Huda ada soalan lain, janganlah segan-segan untuk ‘call’ Abang Di. Manalah tau kot-kot kita boleh mengeteh dan berkenal mesra bersama.. hehehe.

Tengok!! Takde la susah sangat sebenarnya untuk beli rumah baru. Segala tips-tips telah aku berikan walaupun ciput. Apa yang pasti, korang boleh nilaikan sendiri sebelum solat istikharah menjadi penentu.

8 Comments

  1. ijamidayu June 18, 2013
  2. Anuar June 18, 2013
  3. Juan June 18, 2013
  4. kak ina kl June 18, 2013
  5. halif June 18, 2013
  6. MommaOnnee July 5, 2013
  7. blog amir August 24, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge