“Branding atau Penjenamaan merupakan elemen terpenting di dalam memperkasakan blog anda” – Tuan Denaihati.
Aku tak nafikan apa yang disampaikan beliau ternyata benar malah sekadar menambah, branding amat berkait rapat dengan satu lagi elemen terpenting untuk memastikan kejayaan satu-satu blog dan elemen tersebut dikenali sebagai ‘niche’.
Bila menyebut branding, ianya perlu mempunyai beberapa ciri-ciri untuk melancarkan lagi proses penjenamaan blog dan ciri-ciri berikut adalah :
- Nama blog yang ‘catchy’
Mengambil contoh ‘Abang Abu’, ianya merupakan satu nama yang sinonim dengan topik berkaitan pengurusan kewangan. Walaupun topik pengurusan kewangan merupakan satu topik yang agak berat tetapi dengan bunyi sebutan ‘Abang Abu’, ianya telah melembutkan topik yang serius kepada yang lebih ringan dan dari contoh berikutlah, nama ‘Abang Ensem’ pula terhasil. Poyo tetapi ‘menangkap’ , betul tak? *wink*.
- URL link yang mudah untuk diingati
Otak manusia amat sukar untuk mengingati satu nama untuk tempoh yang panjang melainkan terdapat ‘sesuatu’ yang menarik di sebaliknya. Jika sudah begitu, mengapa perlu kita meletakkan URL link yang sukar untuk diingati? Abangensem.com sebagai contoh. Mudah untuk diingati dan di’simpan’ di dalam hati dan ‘Poyo’ serta ‘Gatal’ merupakan ‘sesuatu’ yang menarik di sebalik URL linknya.
- Niche yang khusus
Ramai blogger berblogging tanpa isi kandungan yang khusus. Blog lebih bersifat ‘caca-marba’ tanpa ada konsep tertentu yang menjadi tunjang blognya. Tidak salah jika anda ingin bercerita tentang kisah hidup anda tetapi perlulah dikenal pasti elemen utama dalam setiap entri anda. Mengambil contoh proudduck.com, elemen utama setiap diari hidup beliau adalah tentang ragam ‘opah’nya dan keterujaan beliau terhadap fesyen. Walaupun kebanyakan entrinya berkisarkan kisah seharian beliau tetapi ianya diselang-selikan dengan kisah opah beliau dan bagi menonjolkan niche fesyen di blog beliau, setiap baju, seluar dan aksesori yang dipakai di dalam entri bergambarnya, akan dinyatakan jenamanya. Kreatif kan?
- ‘Open Concept’ – Jangan rigidkan khalayak pembaca anda
Ya, jika elemen sebelum ini menekankan perihal keperluan membentuk niche tetapi ianya tidak bermakna yang anda perlu menceritakannya secara total kerana ianya akan mengkhususkan kepada khalayak tertentu sahaja, tidak berkembang. Sedangkan kebanyakan blogger mempunyai nawaitu untuk berkongsi info/maklumat kepada seberapa ramai khalayak pembaca. Kalau tidak, masakan rata-rata blogger mengimpikan jumlah trafik yang tinggi dan mengambil contoh Tuan Denaihati sendiri, walaupun blog beliau lebih dikenali sebagai ‘contest blog’ tetapi pengisian yang pelbagai telah mampu menarik lebih ramai pembaca yang bukan hanya setakat mereka yang ingin menyertai contest sahaja (terutama aku). Lihat, apa yang aku maksudkan dengan ‘open concept’ ini dan kelebihan yang bakal diperolehi oleh penulis blog itu tadi.
Jadi, bila keempat-empat elemen di atas kita adunkan maka tidak mustahil trafik blog anda akan bertambah dan bila trafik mula meningkat, peluang untuk menjana pendapatan dari blog samaada menerusi buffered earnings, advertorial post mahu pun penjualan produk/servis anda akan mula terbuka luas, percaya lah.
Tips ini tidak terpakai untuk blogger-blogger yang berada di dalam golongan berikut :
- Blogger yang tidak bermatlamatkan untuk menjana pendapatan.
- Blogger yang menulis untuk dirinya sendiri.
AE : Ada tak yang seberani gua mempoyokan diri semata-mata untuk menarik perhatian pembaca?
Rakan Baru AE : KLIK SINI











supersonic commentator from shakiddo.com
hai.. saya shakiddo.. twitter saya @shakiddo .. ingat tak saya? mudah kan?
KiD recently posted..ILHAM kembali sihat!
4 tip diatas adalah resepi terbaik untuk berjaya dalam dunia blog setuju tu.Ada kala kegatalan kita menjadi sesuatu yg disukai hehehe…tidak dinafikan ada yg menyampah- ades…terpulang pada masing2 yg penting apa kita nak cakap tu sampai ke hati,walaupun dengan kegatalan yg kita yg semula jadi
hmm nak jadi blogger yg flexible! huhu boleh tulis mcm2 bentuk entry.. working to that
zuan recently posted..> #NNBMY2012 : Nuffnang Blogopolis 2012
thanks for the tips abang ensem…
perlu kerja keras lagi untuk naikkan blog…
ada dapat undangan nyanyi kat majlis kahwin PD melalui bapanya tapi terpaksa tolak..hehe sbb tak sanggup tgk dia kawin hahaha
Zarul Umbrella recently posted..Naik Pentas
SETUJU SANGAT dengan Tuan ENSEM ni……….
Thanks AE for the tips..
Nurul recently posted..Dengan Manik tambah pendapatan?? Biar Betul??
Betul tu bro… saya pun nak fokus kepada niche + selit skit2x pasal personal…. keunikan itu akan lebih dapat perhatian
hazman aka species1980 recently posted..Pengguna PERTAMA SAMSUNG GALAXY S III dengan CELCOM !!!!
bounce rate untuk blog niche lebih rendah kalo nak banding dengan open concept.Sebab related info tu banyak.Tapi tak kisah pun kalo orang tu dah popular, buka blog apapun orang baca.Guna nama blog menggunakan kata sifat macam jutawanhensem,jeffcomel ke sicantikmaya agak berisiko kalo ia tidak seperti disifatkan.Kata irfan khairi ini tidak digalakkan. Tapi kalo sebagai tagline takde masalah.
jeff recently posted..Tropical Island Paradise – super luxury yacht inspired by the islands
nice tips for newbie like me..
Azydy recently posted..CEO Proton Dato Syed Zainal Letak Jawatan dan CEO Lotus Dany Bahar Digantung
Terima kasih di atas info yang diberikan.. Betul tu nice yang khusus dalam blog memang penting.. Pengunjung yang datang ke blog pun suka untuk baca maklumat demi maklumat yang fokus dengan sesuatu nice area.. Dari segi SEO pun bagus..Tapi untuk fokus dengan sesuatu nice area ada kalanya kita tiada modal untuk menulis..
Jadi biarlah kita jadi diri kita sendiri.. Menulis dengan ikhlas, tentang sesuatu perkara yang kita rasa perlu di kongsikan di blog kita.. Walaupun blog akan jadi carca merba dengan pelbagai info terkandung di dalamnya..
Saya setuju dengan AE dan Denai Hati tentang “Branding atau Penjenamaan merupakan elemen terpenting di dalam memperkasakan blog anda”.. Sebagai contoh kita lihat blog-blog terkenal seperti Irfan Khairi, Denaihati, beautifulnara yang menjadikan diri mereka sebagai branding atau icon sehingga femes satu Malaysia..
Anuar recently posted..Perkenalkan 1 Pembeli , dapat Komisyen RM1,000
wah.. terbaiklah tips blogging ni!!!!!
madammondoq recently posted..WORDLESS WEDNESDAY : Gadjet Impian vs Rumah Impian
terbaik bro Kid …memang power ..kena praktikkan lagi ni ..
spudin recently posted..Najwa Mahiaddin Power Mendendangkan Lagu Inggeris