Tips Berblogging # 2 : Kuasa SEO

“Apa itu SEO?”

Ianya merupakan singkatan untuk Search Engine Optimisation atau dalam bahasa mudahnya bermaksud cara untuk mengoptimumkan apa yang anda buat di blog anda supaya blog anda tersenarai di search engine seperti google, bing dan lain-lain (maksud yang dipetik dari BLOG INI).

“Apa pula signifikan SEO dan blog?”

Signifikan yang paling ketara adalah SEO bakal mendedahkan blog anda kepada khalayak pembaca yang ramai yang akhirnya akan mendatangkan trafik secara berterusan selama mana pencari-pencari keyword mencari kata kunci yang ada di blog anda.

“Bagaimana pula ianya mampu menarik khalayak pembaca yang ramai ke sesebuah blog?”

Segalanya menerusi kedudukan blog anda di page pertama search engine. Suka untuk aku maklumkan yang google search merupakan antara mesin carian paling popular di internet dan sekiranya blog anda berjaya menempatkan diri di page pertama bagi satu-satu keyword, maka peluang untuk blog anda diterjah adalah amat tinggi.

“Saya tak mahir bab-bab SEO ni, Adakah ini bermakna yang saya tidak berpeluang untuk menaikkan rating/trafik blog saya menerusi keyword yang menjadi niche saya?”

Siapa kata? Saya juga tidak pandai sebenarnya dengan teknik permainan SEO ini tetapi saya mempunyai cara tersendiri untuk menyelitkan blog saya di page pertama. Caranya adalah menerusi entri yang dibuat oleh pakar SEO kita, Saudara Ariff Shah (sila rujuk entri Wordless Wednesday sebelum ini), yang mana secara tidak langsung akan melorongkan para pencari keyword ‘Pelaburan Hartanah’ ke blog abangensem.com.

Antara peserta-peserta contest Lelaki Kacak yang berada di ranking teratas hari ini

“Tapi saya tiada kawan di kalangan pakar SEO macam Ariff Shah”

Tidak semestinya anda perlu mempunyai kawan yang pakar tentang SEO untuk mendapatkan kedudukan teratas di page pertama mesin carian sebaliknya anda boleh mempraktikkan apa yang dilakukan oleh blogger Titan melalui contest yang berbentuk SEO untuk mengetengahkan blog beliau. Ya, “Lelaki Kacak” menjadi keyword pilihan untuk contest bagi mengenengahkan jenama blog beliau dan sekiranya anda meng‘google’ keyword tersebut sekarang, saya pasti hampir kesemua yang terpamer di muka pertama google search pastinya akan terdorong ke blog beliau. Mudah bukan untuk memperkasakan jenama blog anda melalui kuasa SEO ini?

Apa pun, tips ini bukanlah penentu total kepada kehadiran trafik ke blog anda kerana apa yang lebih penting ialah sejauh mana content blog anda mampu menarik khalayak pembaca anda secara berterusan.

AE : Meminjam kata Tuan Denaihati tempohari, “Jika anda inginkan blog anda pergi jauh dengan kuasa SEO, platform wordpress adalah jawapannya kerana kelebihan plug-in ‘mesra SEO’ yang terdapat di dalamnya”.

Rakan Se’ITM’ AE : KLIK SINI

16 Comments

  1. Anuar May 30, 2012
  2. azman May 30, 2012
  3. hazman aka species1980 May 30, 2012
  4. Nurul May 30, 2012
  5. Zarul Umbrella May 30, 2012
  6. Azydy May 30, 2012
  7. PerenLee May 30, 2012
  8. jeff May 30, 2012
  9. KiD May 31, 2012
  10. ohcikgu June 1, 2012
  11. onlajer June 1, 2012
  12. halim September 26, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge