Tips Berblogging # 3 : Penangan Backlink

Ya, penangan backlink mampu memperkasakan blog anda tambahan lagi jika backlink tersebut datangnya dari blogger-blogger terkenal yang mempunyai Page Rank (PR) yang lebih tinggi dari blog anda. Bukan setakat PR blog anda sahaja yang akan meningkat malah apa yang lebih penting lagi, anda dapat mencuri trafik dari kalangan pembaca blog berkenaan.

Sejujurnya teknik backlink ini telah aku perolehi di awal pembabitan aku dalam dunia blog ini dan individu yang bertanggungjawab memperkenalkannya adalah Brader INI. Walaupun beliau tidak mengajar aku secara langsung tetapi hasil ‘intipan’ yang aku lakukan dapat menyimpulkan bahawa teknik backlink sememangnya baik untuk peningkatan trafik di blog anda.

“Tapi AE, siapa yang nak bagi backlink untuk blogger picisan yang tak mempunyai trafik/ follower yang ramai macam saya ni?” – Blogger Picisan

Memang betul apa yang dipersoalkan oleh Blogger Picisan malah aku sendiri pun pada awalnya mengalami masalah yang sama tetapi ada beberapa cara yang aku telah kenal pasti yang mampu menarik para blogger femes untuk memberikan backlink kepada aku, antaranya :

  • Blogwalking & Komen

Jika anda meninggalkan komen pada setiap entri di blog-blog femes, secara tidak langsung blogger tersebut akan ‘take note’ akan kehadiran anda. Bila nama anda semakin kerap dilihat di ruangan komen blog-blog femes, pasti blogger-blogger tersebut akan mula menerjah blog anda dan jika content anda menepati citarasa entri di blog mereka, sudah pasti blog anda akan dibacklinkkan oleh mereka. (Ini adalah berdasarkan kepada pengalaman aku sendiri).

  • Event/Gathering/Ngeteh Bersama Blogger

Ya, aku rasakan akhir-akhir ini begitu banyak acara (walaupun sekadar acara sesi mengeteh) yang dikhaskan untuk para blogger dan ianya sebenarnya membuka ruang bagi blogger-blogger picisan seperti aku memperkenalkan diri. Aku faham ramai yang akan berasa rendah hati atau pun kerdil apabila duduk dalam kelompok blogger-blogger femes ini tetapi percayalah, setakat ini aku belum pernah lagi bertemu blogger femes yang bodoh sombong. Baik Brader Nara, Hanis Zalikha mahu pun Tuan Denaihati sendiri. Malah kadangkala aku pulak yang terasa terlebih sombong dari mereka ini.. hehehe.

Event pertama yang aku join (Malaysia vs Chelsea) bersama Eyriqazz, Bro Framestone, Mat Joe & Hazman Fadzil

  • Contest

Cubalah menyertai seberapa banyak contest yang boleh, samaada yang dianjurkan oleh blogger femes mahu pun blogger picisan. Ini kerana setiap contest pasti akan mem’backlink‘kan kembali aliran trafik ke blog anda. Mengambil contoh diri aku sendiri, kalau tidak disebabkan contest INI, mana mungkin aku berpeluang merapati blogger-blogger femes seperti Zarul ‘the singing blogger’ dan juga madam itu sendiri. Jangan pentingkan sangat kemenangan atau pun segan untuk terima kekalahan sebaliknya setiap penyertaan pasti akan mendatangkan trafik yang jauh lebih berharga dari hadiah kemenangan. Percayalah!!

  • Menyewa Tapak Iklan

Aku percaya rata-rata blog mereka yang femes pasti akan menyewakan tapak-tapak iklan di blog mereka. Jadi bagi anda yang mempunyai bajet, apalah salahnya sekiranya menyewa tapak iklan yang disediakan walaupun hanya untuk 1 bulan. Ini kerana secara tidak langsung akan membuatkan tuan punya blog itu tadi akan mengenali dan seterusnya mengingati si penyewanya dan cara inilah sebenarnya yang telah mempereratkan hubungan aku dengan seorang lagi blogger femes, siapa lagi kalau bukan Bro Framestone.

Wajah ensemku yang telah menaikkan seri blog Bro Framestone

Nah, itulah antara cara-cara yang telah aku praktikkan untuk mendapatkan backlink dari blogger-blogger femes ini. Walaupun aku tidaklah sefemes Eyriqazz yang pantunnya mampu menghiasi salah sebuah restoran terkemuka di Kuala Lumpur tetapi sekurang-kurangnya hasil dari wajah ensemku di blog ini, sudah makin ramai yang telah menegurku baik di dalam LRT mahu pun di shopping mall. Caya la abangensem.

AE : Bilalah gamaknya Fatin Liyana nak bagi backlink kat blog aku ni?

Blog Sedara Mara : KLIK SINI

16 Comments

  1. eyriqazz May 31, 2012
  2. azman May 31, 2012
  3. Ar-Razi May 31, 2012
  4. Anuar May 31, 2012
  5. jeff May 31, 2012
  6. madammondoq May 31, 2012
  7. Zarul Umbrella May 31, 2012
  8. aslam May 31, 2012
  9. zuan May 31, 2012
  10. Nurul May 31, 2012
  11. Ikhtiar Shah May 31, 2012
  12. matjoe May 31, 2012
  13. hatiputera June 1, 2012
  14. JAI June 2, 2012
  15. YIMaster August 16, 2012
  16. Danial December 31, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge