Tips Hartanah Paling ‘RARE’

Ini cerita minggu lepas ketika aku bertemu seorang pelabur yang jauh lebih hebat dari aku. Hebat kerna beliau berjaya mengumpul jumlah rumah yang hampir sama jumlahnya dengan aku dalm tempoh yang singkat. Salute la Bro !!

Alkisahnya, beliau mula mengeluh bila mana beliau mulai merasa sukarnya mendapatkan pinjaman walaupun dokumen yang dihantarnya kepada pihak bank jauh lebih tersusun dari yang pernah aku buat. Mungkin disebabkan professionnya sebagai juruaudit menjadikannya segalanya begitu indah.

Dan keluhannya dikongsikan bersama aku sambil bertanyakan sama ada aku punyai tips lain yang mungkin memudahkan kelulusan pinjaman beliau yang berikutnya. Termenung aku seketika sebelum tips ‘rare’ ini aku kongsikan.

“Lu ada berbelas rumah sewa, kan? Sanggup tak lu abaikan sewa dari salah sebuah rumah lu tu? Lu jangan ambil sebaliknya, lu kasi nombor akaun mana-mana rumah anak yatim, maahad tahfiz atau pun surau dan minta penyewa lu bank-inkan setiap bulan. Ikhlaskan niat lu tu untuk sedekahkannya kepada mereka. Gua yakin, inshaaAllah rezeki lu selepas itu kian melimpah ruah. Kalau bukan rezeki harta, mungkin kesihatan dan kebahagiaan keluarga yang bakal lu dapat”

Kami berpandangan dan tiada sepatah kata pun buat seketika yang keluar dari mulut beliau.

Ingat !! Jangan tunggu kaya baru nak bersedekah. Sebaliknya, dengan bersedekahlah baru anda boleh jadi kaya.

4 Comments

  1. Ira February 26, 2018
  2. Baju Raya Bella Ammara March 13, 2018
  3. Saps March 30, 2018
  4. Kostum Badut Maskot April 2, 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge