Tips Jahat 3

Hari Sabtu lepas, member aku si Kamil yg aku citer dlm post lepas datang le melawat aku kat Shah Alam ni. Dalam dok bersembang2, dia tanya le kat aku “Camne ko boleh carik umah yang betui2 murah?”. Aku dengan selamba je menjawab.. “Senang je.. seminggu sekali ko gi le dok melepak kat Pejabat Agama, Department Nikah Cerai tapi kalo ko dapat gi tiap2 hari lagi ‘better'”. “Kenapa plak?” tanya member aku ni. “Kat situ le kolo ko bernasib baik, ko boleh dpt umah yg betui2 murah… hehehe”. Bila aku tengok dia dah dok terkebil2 memandang aku, aku pun slow2 le citer kat dia apa yang terjadi kat sorang member aku yg dok kat utara tanahair masa dia bercerai ngan husband dia 2 tahun lepas. Citer dia lebih kurang camni…

Member aku yang sorang ni bolehla dikatakan antara yg terawal kawen elok2 je lepas tamat diploma dia dan dah nasib dia, rumahtangga dia tu tak dapat nak bertahan lama. Tak silap aku ada la dalam 10 tahun usia perkahwinan dia sebelum dia bercerai. Lepas je selesai urusan perceraian dia kat Pejabat Agama hari tu, dia gtau aku ada la sorang mamat ni datang ‘approach’ ex-husband dia kat luar pejabat tu bertanyakan kalau2 dia ada rumah (harta sepencarian) yang dia nak ‘let go’. Disebabkan masa tu diorang laki bini ‘not in a good term’, husband dia terus gitau ada dan offer umah tu pada harga yg teramat murah semata2 nak balas dendam kat bini dia ni supaya bini dia tak dpt apa2 dari hasil penjualan umah tu. End up yg untung kat sini ialah mamat tu le sebab dpt beli umah tu pada harga yg tak masuk akal dan bila aku pikir2 balik, aku rasa betul gak cara mamat tu nak carik umah murah cuma bagi aku le… rasanya tak sanggup le pulak nak ambil untung dari kesengsaraan orang lain. So, what say u my reader? Sanggupkah anda?..

6 Comments

  1. eQuRlz February 23, 2010
  2. dHiLa RoZi February 23, 2010
  3. fiz October 4, 2010
  4. waht January 25, 2011
  5. adie December 13, 2012
  6. Brat2104 December 21, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge