TIPs Jahat 4

Berbalik pada citer Lock-in Period (LIP) yang aku postkan dalam entry aku yang lepas, aku rasa tak ramai yang tau bahawa masa memula bank-bank implement benda ni, ada ‘mamat-mamat yang kreatif’ telah mengambil kesempatan terhadap pakej ini yang sebenarnya telah mendatangkan keuntungan kepada mereka.

Bagi korang yang pernah dapat loan especially untuk pakej interest rendah, tentu perasan yang bank akan mengenakan 3% penalti kalau korang settle loan tu within 5 years (standard clause dalam Letter Offer) tapi tak ramai sebenarnya yang perasan ada bank yang mengenakan 3% ke atas baki pinjaman instead of total loan amount.

Bagi korang yang dikenakan 3% ke atas baki pinjaman, kat sini aku nak citerkan macamana ‘mamat kreatif’ tu memanipulasikan benda-benda ni. Kat bawah ni aku sertakan 1 contoh untuk korang faham apa yang aku cuba sampaikan dan senang untuk korang bandingkan kelebihan yang korang akan dapat jika korang ikut langkah aku ni :

Jumlah Pinjaman : RM50,000 daripada Bank A
Baki Pinjaman : RM47,000
Penalti : 3% daripada baki pinjaman

Katakan pada tahun ke 4 korang di‘offer’ dengan pakej yang lebih menarik dari bank B dan tanpa berfikir panjang, korang terus ‘refinance’ umah korang dan penalti yang korang kena bayar ialah sebanyak RM1,410 (RM47,000 x 3%).

Tetapi… apa yang mamat kreatif tu lakukan ialah :
  1. Sebulan sebelum nak settle loan tu, dia buat lump sum payment berjumlah RM46,000 menyebabkan baki yang tinggal hanyalah RM1,000.
  2. Bila bank B settlekan loan tu bulan berikutnya, penalti yang dikenakan kepada loan mamat tu hanyalah RM30 (RM1,000 x 3%).
  3. So, mamat kreatif tu akan mengaut keuntungan sebanyak RM1,380 (RM1,410 – RM30) daripada caj penalti yang sepatutnya dikenakan kepada beliau.

Kesimpulannya, bagi korang yang ada clause “3% daripada baki pinjaman” korang, cuba-cubalah cari duit untuk buat lump sum payment dulu sebelum settle dan bagi korang yang hanya ada clause “3% daripada jumlah pinjaman“, korang bayar je lah penalti tu.. hehehe

5 Comments

  1. fiz October 4, 2010
  2. waht January 25, 2011
  3. dreadlock April 8, 2011
  4. Anuar June 17, 2012
  5. noor February 14, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge