Tips Lulus Pinjaman : ‘Co-Borrower & Guarantor’

 

Ramai yang ragu-ragu. Tak kurang juga yang kurang yakin. Dek kerna was-was, e-mail dan FB wall abangensem menjadi tempat merungkaikan sebarang kemusykilan. Nasib baik la mood aku tengah happy dek penangan twit yang aku terima dari artis pujaanku, kalau tidak.. mau next next next week la baru aku jawab.. hehehe. Jangan la ambil hati. Mana mungkin aku akan biarkan soalan sebegini penting tidak berjawab melainkan jika aku terlalu sibuk menguruskan urusan harian.

Thanks Diana for the 'twit'. Ariff, Sila jeles!!

As usual, bagi yang baru nak berhutang atau yang dah banyak hutang untuk ditanggung pastinya akan merasa kurang yakin untuk melihat pinjaman mereka diluluskan. Namun bagi aku, as long as instalment korang yang sedia ada tu dibayar on-time setiap bulan, sila jauhkan rasa was-was tersebut. Ini kerana bukan mudah untuk pihak bank menolak pinjaman korang selagi korang pandai menjaga segala hutang piutang korang tu tetapi in addition, korang kenalah come-out dengan pendapatan sampingan/dividen atas pelaburan yang korang ada seperti sewa rumah atau pun keuntungan ASB setiap tahun untuk meyakinkan pihak bank. Namun sekiranya ianya masih belum mencukupi untuk merendahkan Debt Service Ratio (DSR) korang (sila rujuk makna DSR tu di ebook ke 4 aku), maka hadirkanlah ‘insan tersayang’ yang mempunyai hubungan dengan korang dan juga mempunyai income dan rekod CCRIS yang ‘cantik’ sebagai co-borrower (peminjam bersama) atau pun guarantor (penjamin) korang. Harus diingat, maksud ‘insan tersayang yang mempunyai hubungan’ di dalam terma pihak bank hanyalah saudara-mara terdekat seperti isteri/suami, anak, ibu bapa dan adik-beradik dan sekiranya nasib korang baik, sepupu juga turut diterima oleh mereka sepertimana kes aku dan Cikgu Kamil dulu (sila rujuk entri 2 tahun lepas). Apa beza co-borrower dan guarantor? Bagi aku takde bezanya sebab kalau kena saman kedua-duanya akan turut mengalami nasib yang serupa cumanya bergantung kepada pihak bank samaada hendak mengklasifikasikan ‘insan tersayang’ korang tu sebagai co-borrower atau pun guarantor.

P/S : Co-borrower dan joint-borrower adalah satu terma yang membawa maksud yang lebih kurang sama. Harap maklum.

 AE : Bagi yang hendak melihat kegatalan aku di twitter jangan lupa follow aku @abangensem98.

10 Comments

  1. Mr M.Y April 10, 2012
  2. rohaniah noor April 10, 2012
  3. Adi Hanif April 10, 2012
    • abangensem April 10, 2012
  4. matjoe April 10, 2012
  5. FaizalPj April 10, 2012
  6. hazman aka species1980 April 10, 2012
  7. Nurul April 10, 2012
    • abangensem April 10, 2012
  8. ariff April 11, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge