Siapa yang tidak kenal Dr Azizul Azli Ahmad, si penulis buku ‘Mudahnya Beli Rumah’. Bagi yang tidak mengenali, beliau adalah seorang pensyarah hiasan dalaman di bawah Fakulti Senibina, UiTM Seri Iskandar.
Semalam aku berkesempatan makan tengahari bersama beliau, usai mengambil stok bukunya yang diulang cetak kali keempat. Di kesempatan itu juga beberapa tips pemilihan warna berjaya dicungkil dari beliau dan tips-tips inilah yang telah berjaya memikat para penyewa rumahnya walaupun hanya dengan sekeping gambar.

Antara tips memikat penyewa yang dikongsikan beliau adalah :
- Gunakan warna berlainan untuk salah satu dinding yang dikenal pasti sebagai ‘Featured Wall’.
- ‘Featured Wall’ tersebut sebaiknya terletak berhadapan dengan pintu masuk.
- Untuk memilih warna yang sesuai, beliau mengusulkan kita mengambil 5 keping gambar warna yang memikat hati dan tanyakan pendapat pihak ketiga sebagai penentu keputusan.
- Warna mampu merangsangkan mood yang berbeza dan antara contoh yang diberi ialah, warna merah mampu membangkitkan rasa lapar di dalam diri kita dan sekiranya tidak dapat dikawal, perasaan amarah pasti akan menyusul selepas itu. Oleh itu, pilihlah kombinasi ‘warna selamat’ sepertimana warna kedai di dalam gambar di atas (kuning dan coklat).
InshaaAllah, lebih banyak tips lagi akan dikongsikan oleh beliau pada Seminar Rumah Sewa Idaman 2.0 nanti.
Terbaik, baru taunya ada tips macam ni hehe. Boleh try kat rumah den yg nak jual ni….