Alhamdulillah akhirnya mamat ni berjaya juga mendapat kembali sewa rumah bulan Februarinya yang tertunggak dan alhamdulillah juga di atas janjinya untuk di’paw’ oleh AE nasi goreng kambing ‘jumbo’ minggu depan. Moga Allah memberikannya rezeki yang lebih di masa akan datang.
Seperti yang aku janjikan tempohari, ingin aku kongsikan tips & tricks yang aku praktikkan di dalam memilih penyewa bagi mengurangkan risiko penyewa yang culas menjelaskan sewa rumah aku.
Tipsnya mudah sahaja. Pertama-tamanya, aku akan bahagikan rumah-rumah sewa aku kepada 2 kategori iaitu rumah ‘mewah’ yang sewanya melebihi RM400 sebulan dan rumah ‘ekonomi’ yang lingkungan sewanya di bawah RM400 sebulan. Setelah pembahagian dilakukan, maka aku akan tetapkan khalayak berikut sebagai penyewa rumah-rumah aku :
- Rumah ‘Mewah’ – Hanya disewakan kepada kumpulan lelaki/wanita bujang sahaja.
- Rumah ‘Ekonomi’ – Sesiapa sahaja boleh menjadi penyewanya.
Ya, begitulah cara aku menetapkan penyewa aku. Aku tidak akan sekali-kali menyewakan rumah yang sewanya melebihi RM400 kepada selain dari kumpulan lelaki/wanita bujang. “Kenapa pula?”, pasti itu merupakan antara soalan dan jawapannya adalah kerana :
Priority Hidup Penyewa Yang Berbeza :
Seperti yang korang sedia maklum priority atau keperluan hidup penyewa bujang dengan mereka yang telah berkeluarga adalah berbeza sama sekali. Jika orang bujang, sewa rumah merupakan perkara pertama yang mereka peruntukkan apabila mendapat gaji bulanan mereka akan tetapi bagi mereka yang telah berkeluarga, terdapat keperluan lain yang lebih penting seperti makan minum anak bini, susu dan pampers baby, barang dapur untuk sebulan malah ansuran kereta turut menjadi keutamaan kerana ianya menjadi nadi untuk menghantar anak ke sekolah sebagai contohnya. Berbeza pula dengan orang bujang, kalau ‘sesak-sesak’ sekalipun masih boleh menghirup maggi kari setiap hari dan masih boleh berhimpit-himpit menaiki bas untuk ke tempat kerja, apa yang penting duit sewa rumah perlu disettlekan terlebih dulu. Jadi apa akan jadi jika pada satu hari, kereta milik si penyewa yang telah berkeluarga tadi tu rosak, bukankah ayat berikut akan berdesing ke telinga landlordnya :
“Bang, saya nak pakai duit untuk repair kereta la. Saya janji bulan depan saya akan cover balik duit sewa bulan ni”
Akhirnya, janji tinggal janji sahaja. Ini adalah kisah benar berdasarkan pengalaman aku di awal pembabitan aku di dalam bidang pelaburan hartanah ini.
Pembahagian Risiko :
Mengambil contoh kereta yang rosak tadi sudah jelas membuktikan yang segala-galanya bergantung kepada income suami dan isteri si penyewa sahaja. Jika salah seorangnya dah lari bajet, maka sudah pasti ayat di atas yang akan diungkapkan tambah-tambah lagi jika sewa rumahnya mencecah ribuan ringgit sebulan tetapi berbeza pula dengan penyewa dari kelompok orang bujang. Jika seorang tak bayar, si tuan rumah masih mempunyai beberapa penyewa lain untuk tolong cover sewa rakan mereka. Even kalau mereka tidak mahu bayar untuk rakan mereka sekalipun, si tuan rumah masih mampu memiliki amaun yang selebihnya kerana agak mustahil untuk kesemua yang berkongsi sewa akan mengalami masalah kekurangan wang secara serentak. Am I right?
Harap-harap tips yang aku kongsikan ini mampu membuka mata korang untuk memilih penyewa korang nanti.
AE : Kenapa RM400 sebagai tanda aras pembahagian status rumah sewa aku? Ini kerana jumlah tersebut adalah had maksima yang mampu dibayar oleh penyewa yang berkeluarga di area Shah Alam dan ianya tidak semestinya sama dengan korang yang berada di kawasan lain.
Jumlah sumbangan jualan amal ebook aku setakat jam 10 malam ini adalah sebanyak RM785.00 hasil dari pembelian dermawan-dermawan berikut :
-
Shaiful Rahman (Semenyih)
-
Syaida Fauziatul Hana (Puchong)
-
Ikhwan Omar (Kuwait)
-
Zulkifli Mohamad (Kemaman)
FIRST!!!
KiD recently posted..Hadiah Dua Tiket Wayang GSC
countless..
Senantiasa.. 😉
Nurul recently posted..Wordless Wednesday : Wanted!!
*wink* kat nurul
KiD recently posted..Cek Tertinggi dari Churp Churp
ermm, >rm400 kira mewah jugak ek kalau duduk shah alam..
mcm kes aku, rumah yg aku sewakan aku mtk 2 bulan deposit +1 bulan sewa dan aku mtk bkti tempat kerja dia/ gaji dia..
sbb kalau 2 +1 tu dia teragak2 nak bayar, meaning kewanagan dia tak berapa ok…
selalu aku pesan kat member2 aku..
biarlah selipar kita cuma selipar pasar mlm rege rm5 kita pakai sampai jahanam..
tapi cash flow kita tak pernah -ve/ tak pernah putus…
Mr M.Y recently posted..Kad plusmile, menjimatkan.
Ya betul tu Bro. Macam gua, gua cuma layan jersi uptown je beb. Janji muka ensem.. hahaha.
ermm tak tau pun ada had amount untuk sewa rumah ni ek… now tambah satu ilmu baru
CikLilyPutih recently posted..Baskin Robbins Yogurt Smoothies
wah, jumlah kutipan meningkat dari hari ker hari
Juan recently posted..Download SEO Untuk Semua
Alhamdulillah Bro tapi aku tunggu juga nama ko naik untuk affiliate. Asyik-asyik Mat Joe je. Masyuk dia bulan ni beb..
Satu lagi tips yang menarik dari AE…
Salam AE,
Bila nk buat seminar kat blah selangor…. sy baru nk berjinak2 dalam HH ni…
Nk menimba ilmu dr yg pakar….
terima kasih
Register dulu Mir. Insyaallah Sabtu minggu terakhir bulan April.
Setuju.. nurul settelkan yang penting dulu macam sewa rumah, duit kete.. balance tu baru boleh enjoy & shopping.. 😉
Nurul recently posted..Wordless Wednesday : Wanted!!
yap, harga memang biasanya area itu juga..
ohcikgu recently posted..Apa yang terjadi bila cikgu disiplin pindah sekolah?
ni sebab kes gaji sangkut laaaa nih…
KiD recently posted..Cek Tertinggi dari Churp Churp