Tips Menaikkan Kadar Sewa

Semalam aku ditanya, “Bagaimana cara aku menentukan kadar sewa yang baru selepas tamat tempoh Tenancy Agreement yang lama dan bagaimanakah cara aku menyampaikannya kepada penyewa yang pembayarannya tip-top tak pernah culas”.

Cara aku mudah,

  1. Aku akan check rental rate terkini kawasan sekitar.
  2. Aku hanya naikkan pada kadar yang lebih rendah dari kadar terkini.
  3. Jika penyewa aku bersedih, aku akan berkata, “Saya naikkan sikit je Bang mengenangkan Abang punya payment sentiasa tip-top. Kalau Abang tak caya, cuba Abang tengok sewa unit-unit sebelah. Lagi melampau mahalnya”.

Namun kenaikan tersebut agar berbeza untuk unit aku di Vista Angkasa. Walaupun rental ratenya dengar-dengarnya dalam RM1,800, tetapi aku hanya mengenakan RM1,200 dari kadar RM1,060 sebelumnya. Semuanya disebabkan penyewanya, gegadis cun yang ayu lagi jelita. Lagi pun duit bebanyak pun bukan boleh bawa masuk kubur. Ehsan sesama insan yang kekal subur.

One Response

  1. pakcik lama June 9, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge