Tips Mendapatkan Rumah Pada Harga Diskaun

leaderboard2 denaihati Banner

Tak sangka. Ada juga yang berminat rupanya bila mana satu e-mail dari saudara Farid menyatakan minat beliau untuk ‘melihat’ rumah corner lot below market yang aku iklankan pada hari khamis yang lalu dan petang tadi aku menerima sms dari ‘Moi’, rakan ejenku memberitahu yang ‘Abang Farid’ akan call dia semula untuk arrange for the site survey. Harap-harap by the time diorang pergi tengok rumah nanti nanti bolehlah aku menyelit sambil-sambil nak usha jiran sebelah rumah tu, yang khabar-khabarnya awek-awek Politeknik. Hmmm.. marvellous.. hehehe.

*Back to serious mode*

Memang pada dasarnya jika dilihat rumah tersebut hanyalah berkadar 5% di bawah nilai pasaran tetapi siapa tahu dengan 2 ciri yang menampakkan si penjual yang mungkin berada dalam keadaan terdesak (seperti dalam entri aku yang lalu), mampu memberi peluang kepada Abang Farid kita ni untuk nego bagi menurunkan lagi harga rumah tersebut. Bagi memudahkan Abang Farid kita ni ketika sesi berunding nanti, ingin aku kongsikan salah satu cara yang biasa aku lakukan bagi mendapatkan harga rumah yang aku ingini selain dari teknik ‘muka sembelit’ yang aku ceritakan sebelum ini.

Caranya mudah, bawa sekali buku cek korang bagi menunjukkan yang korang serius untuk membeli dan bersedia untuk membayar harga yang korang ingini dengan kadar segera. Sebagai contoh, katakan Abang Farid kita ni mengimpikan ‘harga mati’ serendah RM440K instead of RM450K yang diiklankan, Abang Farid boleh terus sahaja menulis amaun deposit berdasarkan harga yang diingini dan unjukkan kepada ejen/penjual bagi menunjukkan ‘keseriusan tahap gaban’ bagi memiliki rumah itu. Sekiranya betul si penjual berada dalam keadaan terdesak, apalah sangat pengurangan sebanyak RM10K jika dibandingkan dengan masa yang perlu dia tunggu untuk mendapatkan harga yang dia ingini. Tambah-tambah lagi jika beliau (penjual) masih dalam posisi ‘untung’ walaupun keuntungannya telah berkurangan sebanyak RM10K. Walaubagaimanapun cara ini hanya terpakai atau berhasil sekiranya si penjual berada dalam keadaan yang sangat-sangat terdesak. Jika tidak, korang simpan je la cek korang tu untuk pembelian berikutnya.

AE :  Cuba korang tengok ‘goyang tak goyang’ si owner rumah yang desperate bila tengok cek korang ‘terbuntang’ depan mata dia.

This entry was posted in tips and tagged . Bookmark the permalink.

11 Responses to Tips Mendapatkan Rumah Pada Harga Diskaun

  1. algu says:

    i like this technique..
    personally aku dah gunakan teknik ni..
    med apt yg diiklankan oleh agent berharga rm120k, harga mv rm130k.
    dgn menggunakan teknik sembelit ni, aku bukak buku cek atas meja, dihirupnya air setengh gelas dlm satu nafas bila tgk aku bukak buku cek, menandakan yg aku ni serius buyer.
    berjaya close deal rm90k.
    algu recently posted..New rate for studio apartment at Tiara Beach Resort, PD.

  2. Nadot says:

    Takde kesempatan lagi gune teknik ni memandangkan dua rumah yang beli subsale dah 30% bawah mv. Bila mintak lg kene bebel cakap dah murah la ape..hohoho…

    akan cube gune nnt.. =)
    tq AE
    Nadot recently posted..Dejavu di Kinabalu Episod 13

  3. ReM says:

    Teknik bagu boleh pakai masa nak nego nanti. Biasa nya terus minta sampai 30% off market price dan terus bincang.
    ReM recently posted..Property Market Is NOT Growing

  4. Anuar says:

    Tips yang menarik ni.. Insya Allah, kalau ada rezeki lebih lepas ni boleh cuba praktikkan strategi yang AE bagi ni.. TQ.. ;)
    Anuar recently posted..Rumah Banglo Satu Tingkat Di Batu Gajah, Perak

  5. Juan says:

    terbaik lah
    Juan recently posted..WTF ? 23 Properties by 30

  6. TQ banyak ilmu yg boleh dikongsi..
    Orang Kampung recently posted..Senamrobik Serentak 1 Murid 1 Malaysia

  7. Ikhtiar Shah says:

    teknik yang membina.boleh cuba untuk beli rumah dgn harga diskaun.hehe
    Ikhtiar Shah recently posted..Isu Hantaran Dan Kos Perbelanjaan Majlis Perkahwinan

  8. matjoe says:

    tips yg bagus, karang tolong gwa ekk
    matjoe recently posted..Entry in Berharga USD9.99

  9. wynn78 says:

    kalau bawa cash lagi cepat gamaknya yek…hehe
    wynn78 recently posted..baby baru

  10. fitrisinan says:

    Teknik ni sangat berkesan jika kena dengan caranya. Sangat berkesan. Tapi hati mestilah kering.
    fitrisinan recently posted..Halal Haram Pelaburan Emas & Perak – Siri 1

  11. azman says:

    Kalau bawak cash lagi goyang kot hehehe,tapi bahaya lah kan bawa cash byk2.
    azman recently posted..Ambil Duit Secara Terhormat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge