Tips Menyimpan Duit

Kesian aku kepada anak-anak muda yang baru memulakan kerjaya dengan gaji yang kecil.

Di kala para penasihat kewangan menasihatkan mereka untuk menyimpan, mereka pula struggle dengan kos sara hidup yang meninggi. Tiada solusi yang diberi melainkan ayat, lebihkan pendapatan kurangkan perbelanjaan.

Sejujurnya, aku turut mengalami situasi yang sama 19 tahun yang lalu di awal kerjaya. Amat mustahil untuk menyimpan di kala gaji serendah RM1,750. Hatta RM50 sekalipun. Lalu apa yang aku lakukan untuk menyimpan?

Katakan aku menetapkan simpanan aku sebanyak RM100 setiap bulan, dan amaun itu pula aku bahagikan kepada 30 hari (merujuk kepada jumlah hari dalam sebulan). Lalu, terpaparlah angka RM3.33. Ini bermakna, aku perlu mengurangkan perbelanjaan harian aku sebanyak itu dalam tempoh masa 24 jam setiap hari.

Dan aku mula catu makanan harian aku. Pagi, aku hanya berbreakfast roti. Lunch, aku kurangkan satu lauk dalam menu aku. Malamnya pula, cara yang sama turut aku lakukan. Sebagai tambahan, aku gagahkan diri untuk tidak menerima ‘air manisan’ sebagai penghilang dahaga aku. Cukup sekadar air ‘mati’, kata orang Perak.

Next, mungkin kita boleh beralih dari menggunakan pelan berbayar kepada prepaid/wifi untuk mencukupkan angka RM3.33. Juga, mungkin kita boleh elakkan satu tol di dalam setiap perjalanan kita. Mungkin juga kita boleh berusaha untuk mencari stesyen minyak yang mampu memberikan lebih kilometer seperti yang dilakukan oleh seorang rakanku. Semuanya hanyalah untuk menjimatkan RM3.33 sehari.

Tidak mustahil bukan?

13 Comments

  1. ira December 20, 2016
  2. Gambir Emas December 22, 2016
  3. Azwan December 22, 2016
  4. Sue December 25, 2016
  5. Nor Hazmira December 26, 2016
  6. siti hazreen December 29, 2016
  7. Gambir Emas December 31, 2016
  8. eyriqazz January 14, 2017
  9. umminani January 15, 2017
  10. fadhli January 18, 2017
  11. sensasi2020 February 11, 2017
  12. tudung ekspress February 19, 2017
  13. Ira June 6, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge