Tips Modal Beli Banyak Rumah

Seperti yang dijangka dari tinjauan di FB semalam, hampir 40% dari masalah untuk melabur dalam hartanah disebabkan oleh faktor modal dan itulah juga masalah utama aku di awal-awal dulu. “Mana mungkin aku yang bergaji kecil ketika itu, RM1,750 mampu untuk mengadakan sejumlah deposit untuk membeli rumah. Satu pun belum tentu, apatah lagi berbelas buah”, soal aku ketika itu.

Namun segalanya berubah tatkala berpuluh buah buku pelaburan dibaca, beberapa ribu ringgit dihabiskan untuk membayar fi seminar, beberapa kali ‘dinding’ dilanggar ketika proses ‘trial & error’ berlaku. Hasilnya, semua masalah modal untuk 3 buah rumah pertama dapat diatasi dengan kaedah berikut :

  • Kuasa simpanan dan pelaburan. Wang yang disimpan kemudiannya dilaburkan pada instrumen yang menawarkan pulangan berganda seperti pasaran saham.
  • Akaun 2 KWSP yang dikeluarkan sebagai sebahagian modal rumah pertama. Maklum sahajalah amaun yang ada pada ketika itu hanyalah kurang dari RM3,000 disebabkan baru sahaja setahun bekerja.
  • Pinjaman keluarga dan rakan-rakan dengan janji untuk membayar balik. Alhamdulillah, pinjaman tersebut mampu dilangsaikan secara berkala.
  • Pinjaman peribadi sesingkat mungkin. Walaubagaimanapun cara ini hanya terpakai untuk rumah berkategori ‘below market’ dan mampu menjana pulangan tunai (cashback) sahaja. Selesai sahaja ‘cashback’ diterima, lubang hutang yang digali akan dikambus sepenuhnya.

Setelah fasa awal terlaksana, barulah bermula pengumpulan modal menerusi fasa berikutnya iaitu ‘Pembiayaan Semula’ (refinancing). Sepertimana yang ditulis di dalam ebook ‘Rahsia Refinancing’ (rujuk link –> INI ) beberapa faktor perlu diambil kira sebelum melakukannya dan lebihan tunai yang aku perolehi dari proses ini akan aku cagarkan untuk mendapatkan overdraf dari pihak bank. Fasiliti inilah sebenarnya yang aku gunakan sebagai modal pusingan terutamanya bagi nilai hartanah yang beramaunkan ‘kecil’, yang tidak dipandang langsung oleh pihak bank untuk dibiayai.

Dan tatkala hasil telah dilihat dan kepercayaan telah mula diperolehi, barulah aku masuk ke fasa pembelian secara bersama (JV) dengan beberapa orang rakan rapat. I ‘m offering my expertise and they’re giving me their money to be scammed. Hasilnya, semakin percaya diorang dengan aku.. har har har <– gelak jahat.

6 Comments

  1. eyriqazz August 13, 2016
  2. ahmad hasif August 15, 2016
  3. Kereta Sewa Shah Alam August 19, 2016
  4. palm homestay putrajaya August 21, 2016
  5. Yuyu Fatihah August 30, 2016
    • abangensem September 3, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge