Tips nak cari rumah

Hari Jumaat lepas aku berkesempatan bertemu one young couple yang baru 2 minggu melangsungkan pernikahan dan semuanya gara-gara si suami ingin bertanyakan aku tentang selok-belok harga rumah di kawasan Shah Alam. Si suami yang bertugas di Sarawak amat tertarik untuk membeli rumah di kawasan Shah Alam memandangkan adik beradik sebelah isteri kebanyakannya menetap di sini dan antara seksyen yang menjadi pilihan hati mereka ialah di Pinggiran USJ (berdekatan dengan Courts Mammoth Seksyen 26). Rumah yang dicari telah pun ditemui namun harganya.. mak ai teramatlah tinggi dan saat itu apa yang mampu aku katakan ialah “bro, ko gi survey dulu la rumah-rumah kat area Shah Alam ni sebelum ko decide. Jangan rushing sangat. Karang terbeli yang mahal sangat, tak berbaloi la pulak” dan kata-kata aku disambut dengan soalan berikut :

“Selain mudah.my dan suratkhabar, kat mana lagi saya boleh cari rumah yang nak dijual?” dan tips yang aku berikan pada young couple ni tentang macamana nak cari rumah yang nak aku kongsikan dengan korang :

  1. Pergi serbu mana-mana real estate agent punya office yang ada kat kawasan yang korang pilih tu.
  2. Jumpa ejen dia dan minta listing yang ada kat diorang tu untuk korang tengok.
  3. Lepas tu kalau ada mana-mana rumah yang korang berkenan dan within budget korang, apalagi korang rembat je la 2-3 buah.

Cuba google pakai 'mekbukpro'.. mesti jumpa punya

AE : Kalau nak dapatkan alamat dan contact no estate agent ni, cuba korang google searchReal Estate Agent (kawasan pilihan korang)”. Kalau tak jumpa, korang tukar je la leptop korang dengan Mekbukpro. Mesti jumpa.. hahaha.

3 Comments

  1. aslam February 22, 2011
  2. waht February 22, 2011
  3. JMR February 22, 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge