Tips nak tinggikan kadar sewa

Merujuk kepada soalan terakhir Brader Eyriqazz ni, suka aku nak ingatkan bahawa sebelum korang nak praktikkan tips-tips aku kat bawah ni, pastikan korang ambil tahu dulu kadar sewa di kawasan sekitarnya. Berapa sewa paling rendah dan berapa pulak kadar maksimumnya. Kalau maksimum, apa pula kemudahan/peralatan yang disediakan oleh tuan rumahnya kerana dengan cara ini, korang akan tahu apa yang patut korang ‘isi’kan dalam rumah korang tu nanti dan bila semua tu korang dah ambil kira, barulah korang boleh proceed dengan tips-tips berikut :

  • Bersihkan rumah korang sebersih-bersihnya dari ruang tamu sehinggalah ke ruang korang ‘mengelamun’. Pastikan semuanya kemas dan teratur supaya bakal penyewa akan merasa selesa dan setanding dengan sewanya yang tinggi.
  • Muatkan perabot dan perkakas/alatan rumah seperti peti ais, televisyen, dapur, mesin basuh ke rumah korang dan segalanya bergantung pada bajet korang dan prospek tenant korang supaya penyewa korang akan merasa berbaloi dengan duit yang diorang bakal keluarkan.
  • Cat rumah korang tu dengan tona warna cerah, seelok-eloknya warna putih bagi menampakkan keluasan rumah korang tu. Bila rumah nampak luas maka bakal penyewa akan terasa untuk sumbatkan lebih ramai kawan-kawannya untuk menampung kadar sewa yang mahal (hanya untuk disewakan pada yang bujang sahaja).

AE : Kadangkala kekacakan landlord juga memainkan peranan di dalam menaikkan kadar sewa. Macam kes aku, wajah tampan dan tutur kata yang memikat je sudah cukup menjadi pakej untuk meninggikan kadar sewa kerana bak kata penyewa aku “Tinggi macamana pun sewanya kami tak kisah, asalkan dapat tuan rumah yang kacak macam abang”.. hehehe. Jangan marah!!

Related posts:

  1. Sewa rumah dapat kereta percuma
  2. Cara Nak Halau Penyewa Tak Bayar Sewa
  3. Tips lagi!!
  4. Sewa ikut rupa??
  5. Tips Memilih Bakal Penyewa Versi AE
This entry was posted in tenant. Bookmark the permalink.

8 Responses to Tips nak tinggikan kadar sewa

  1. van der Rui says:

    Tips keempat tu menarik.. hehe

  2. Ardi_Starob says:

    Tabley blah nyer tip yg last tue….. Kang diorg angau kat hang kang…..

  3. pilotHans says:

    tips +an – (wpun aku xde apartment lagi..) klo apartment slalunyer kene include skali ngan maintenance, sbb klo harapkan tenant bayar jenuh laa..tue aku rase laa…….+senang tenant xyah pk daa……

  4. wah…bijak2.aku ingat boleh je naikkan macam tu je.rupanya nak kena amik hati penyewa dulu.apapun yang keempat tu memang terbaik.kacak!haha…

    boleh jadi tips jugak kot.renovate rumah.tapi kosnya memang besar :p
    Pacifista – X recently posted..Jom Hafal Makna Surah al-Fatihah

  5. zam says:

    wah.. nak kena renovate gak yer… kalau setakat masukkan perabot dan cuci tu kira ok la… kalau renovate tu kena tgk budget gak tuh…. hehehe
    zam recently posted..Status Rumah

  6. eyriqazz says:

    thanks for the tips bro..bolehla praktikkan bila kunci dah ble ambil nanti,….yeyyy….
    eyriqazz recently posted..Bolehke Buat Duit dengan Blog?

  7. titan says:

    tips terakhir tu berkesan untuk perempuan. Yang laki..tak leh pakai tips tu. haha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge