Tips Pembiayaan Hartanah Bernilai Kurang Dari RM100K

Segalanya bermula dengan status ini,

Tip Pinjaman RM100K

Diikuti dengan keluhan dan luahan dari beberapa rakan FB yang ditolak permohonannya,

Bank Kurang Minat

Bank Tak Minat Sangat

Bank Tak Minat

Rentetan dari itu, maka salah satu dari cara yang aku gunakan suatu waktu dahulu telah aku kongsikan untuk tatapan mereka,

Tip Pinjaman Hartanah RM100K

  • Tawarkan Pakej Faedah Lebih Tinggi

Ya, itulah yang aku lakukan. Memberi kebenaran kepada pihak bank untuk mengenakan faedah yang lebih tinggi dari kadar faedah semasa ketika itu. Rasional aku, daripada permohonan aku diketepikan, lebih baik aku menanggung kadar faedah yang lebih tinggi. Setidak-tidaknya aku tidak perlu membuat pinjaman peribadi untuk membayar harga hartanah tersebut dan seterusnya dikenakan jumlah faedah yang jauh lebih tinggi dari pinjaman perumahan.

Letter Offer yang menawarkan pakej faedah tinggi sepertimana yang diminta

Letter Offer yang menawarkan pakej faedah tinggi sepertimana yang diminta

  • Kenali Cawangan Yang Tidak Mencapai ‘Target’

Ini adalah cara kedua. Akan aku kenal pasti cawangan-cawangan bank yang terdesak untuk mencapai sales target mereka. Kebiasaannya mereka akan melayani permohonan pembiayaan berskala kecil ini bagi menampung kuota target yang tidak mencukupi. Walaubagaimanapun cara ini hanya mampu dilakukan sekiranya anda mempunyai ‘hubungan baik’ dengan para pegawainya.

  • Tawarkan Cagaran Berkualiti

Pernah di suatu ketika, aku menawarkan ‘Simpanan Tetap Bertanda’ (Fixed Deposit Pledged) sebagai cagaran berkualiti kepada pihak bank. Simpanan Tetap Bertanda (FD Pledged) biasanya berkadar jumlah sebanyak 6 atau 12 bulan instalmen yang akan aku bayar. Ianya diadakan sebagai pembuktian keseriusan aku di dalam mendapatkan pinjaman dan pada masa yang sama menonjolkan kemampuan aku untuk membayar pinjaman itu.

Alhamdulillah, dengan gabungan ketiga-tiga cara di atas telah memudahkan kelulusan pinjaman aku pada waktu itu walaupun hartanah yang aku beli ketika itu hanyalah berharga di bawah RM100K. Semoga mereka yang meragui status FB aku sebelum ini mampu mendapat manafaat dari perkongsian tips ini.

4 Comments

  1. Dr Fattah May 27, 2015
  2. Faiz May 28, 2015
    • abangensem May 29, 2015
  3. Kereta Sewa Shah Alam June 4, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge