Tips sebelum menyewakan rumah kosong

Ok beb, hari ni aku nak berkongsi satu lagi tips yang aku rasa jarang orang buat bila membeli dan menyewakan rumah mereka melainkan kalau mereka beli untuk duduk sendiri dan tips ini pada mulanya tidak terlintas untuk aku ketengahkan kerana ianya melibatkan perkara-perkara ‘mistik’ tetapi mengenangkan yang ianya elok untuk dikongsi, maka aku sampaikan jugalah walaupun aku percaya ada di antara korang yang tidak percaya akan benda-benda ‘tahyul’ ni.

Sebenarnya pada Jumaat yang lalu, aku menerima sms dari salah seorang penyewa aku yang menyatakan kegusaran beliau terhadap insiden pecah rumah yang berlaku di sekitar blok yang beliau sewa lalu si penyewa meminta aku memperelokkan gril rumah yang katanya senang untuk diumpil. Senang cerita dia nak aku tukar gril la tu.. Lalu aku pun membalas sms beliau dengan ayat.. “Insyaallah takde pape kerana saya dah ‘pagar’kan rumah tu sebaik saja saya beli dulu”. Beliau yang masih lagi kurang berpuas hati membalas.. “Saya bukannya takut gangguan makhlus halus tetapi manusia” dan apa yang mampu aku balas bagi mendiamkan beliau ialah dengan menaip baris-baris berikut.. “Pagar yang saya buat tu bukan untuk gangguan makhlus halus saja tetapi untuk sebarang jenis gangguan termasuk manusia”. Lalu tiada lagi sms balasan yang aku terima selepas itu. Fuhhh… Legaaa…

Inilah tips yang jarang malah tak pernah aku jumpa di mana-mana blog mahu pun buku berkaitan pelaburan hartanah. Pada tanggapan aku mungkin si pelabur tidak mahu mencampur adukkan perkara-perkara tahyul seperti ini kot, tetapi bagi aku inilah antara perkara yang sepatutnya dilakukan bagi setiap rumah yang kita miliki. Seperti yang aku katakan tadi, bukan hanya rumah kita sendiri yang perlu kita pagarkan sebaliknya rumah sewa kita pun tidak sepatutnya terkecuali. Kalau ada yang nak tahu bagaimanakah cara untuk memagarkan rumah korang, mungkin korang boleh rujuk kepada mereka (ustaz-ustaz dan alim-ulama) yang lebih arif tentang hal ini tetapi sekurang-kurangnya sebaik sahaja korang melangkah masuk, buatlah majlis bacaan Yaasin ke atau azankan di 4 penjuru rumah. Perlu diingatkan ‘bersih’kan dulu ‘apa yang ada di dalam rumah’ tu sebelum korang memagarnya takut-takut selepas dipagar, ‘apa yang ada di dalamnya’ akan terkurung dan terpaksa hidup bersama bakal penyewa korang. Scary tu beb.. Pastikan juga selepas itu korang maklumkan kepada bakal penyewa korang yang mereka tidak boleh membuat onar di rumah tu, takut-takut pagar yang dibuat akan ‘roboh’ nanti.

Aku tidak memaksa korang untuk percaya tips aku kali ini (berkaitan makhluk halus, benda-benda tahyul dan mistik) tetapi aku sekadar berkongsi apa yang aku telah lakukan selama ni. Percayalah di dalam Al-Quran sendiri ada menyebut.. selain manusia ada lagi makhluk lain yang turut mendiami alam ini. Wallahualam.

AE : Ada juga kawan-kawanku yang mengusulkan agar aku memasang CCTV di rumah sewa aku bagi mengelakkan insiden pecah rumah. Kata mereka.. “Sempoi beb, wa cakap lu. Lagi-lagi kalau ko pasang di bilik air atau pun kat bilik tidur depa tapi aku takut jugak kalau-kalau lebih banyak gambar ‘scary‘ yang ko akan nampak nanti.. hehehe”. Hampeh punya kawan!!

17 Comments

  1. hajar December 5, 2011
  2. Rui December 5, 2011
  3. ikhwan December 5, 2011
  4. tips-kurus December 5, 2011
  5. isa hashim December 5, 2011
  6. zuan December 5, 2011
  7. sal December 5, 2011
  8. Amir December 5, 2011
  9. man kuala December 6, 2011
  10. man kuala December 6, 2011
  11. mysb December 6, 2011
  12. Wada Hanif December 7, 2011
  13. pilotHans December 8, 2011
  14. eli January 27, 2012
  15. Nur Hidayah December 23, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge