Tips Senang Lulus : Jumlahkan Pendapatan Sampingan

Bab hutang yang bank amik port dalam pengiraan DSR dah pun aku highlightkan, sekarang meh kita tengok pulak apakah bentuk pendapatan yang bank boleh terima pakai dalam memastikan yang loan korang tu nanti senang nak lulus dan aku pasti selain dari makan gaji (bagi yang makan gaji la), mesti ada income lain yang korang dapat sebagai pendapatan sampingan. Tak kira la income dari part time jual unit trust ke, business Zhulian ke atau paling tidak pun melalui income meniaga burger dan tahukah korang semua income ni boleh diterima pakai oleh pihak bank as long as ada black & whitenya.

Silapnya korang (tak semua) ialah semua income yang korang dapat tu tak di’documented‘kan. Apalah salahnya kalau cash yang korang dapat tu korang bank-inkan dulu ke dalam bank supaya transaksinya nanti akan tercatat dalam penyata bank korang dan penyata inilah nanti yang korang boleh tunjukkan kepada bank sebagai bukti pendapatan korang tu.

AE : Jangan jadikan alasan takde masa nak gi bank-in sebab sekarang ni deposit machine yang ada kat bank tu pun operasinya 24 jam. Tak gitu?

8 Comments

  1. :-aLCapone- February 15, 2011
  2. aslam February 15, 2011
  3. tuanbri February 15, 2011
  4. syah February 15, 2011
  5. kadir February 15, 2011
    • azaz November 26, 2012
  6. Liza August 17, 2013
  7. Dr Fattah August 9, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge