Tips Setelkan Hutang Jahat

Di awal usia kerjayaku, aku amat-amat terbeban dengan sejumlah hutang ‘jahat’ yang terpaksa aku ambil ketika itu. Maklum sahajalah, dengan gaji yang agak kecil mana mampu untuk aku menghadirkan beberapa keperluan yang aku agak wajib pada ketika itu.

Lantas, kad kredit Citibank ditala sebagai modal perkahwinanku. RM5K aku gunakan. Masih tidak cukup, maka pinjaman peribadi HSBC dengan jumlah RM10K sebagai back-up dan selang beberapa tahun kemudian, satu lagi personal loan Al-Rajhi sebanyak RM5K aku ambil untuk memenuhi keperluan kereta yang lebih besar dari Perodua Kancil (Proton Iswara lettew) sebagai persiapan menyambut beg pampers dan bakul susu permata hatiku. Jika dihitungkan, kesemua pinjaman tersebut telah mengganggu cashflow bulanan aku sebanyak RM450-RM500, jumlah instalmen yang perlu dibayar bagi kesemua hutang di atas. Sedih bukan?

Justeru, aku tidak langsung hairan apabila pada kelas hartanahku ahad lepas, aku ditanya oleh sepasang suami isteri tentang cara terbaik untuk melangsaikan hutang-hutang ‘jahat’ mereka yang jumlahnya hampir sekali ganda dari jumlah hutang aku. Lalu solusi berikut aku kongsikan kepada mereka (berdasarkan pengalaman aku sendiri) :

  • Aku membeli rumah. Ya, apartmen 3 bilik di Subang 2. Beli menerusi lelongan pada harga di bawah nilai pasaran, RM26K vs RM55K (market value).
  • Untuk depositnya, aku sekali lagi ‘meminjam’ dari kad kredit yang telah dinaikkan limitnya, namun jumlahnya tidaklah besar. Kurang dari RM5K yang seterusnya menjadikan jumlah besar baki hutang ‘jahat’ aku ketika itu kurang lebih RM20K (Citibank : RM4K, HSBC : RM6K, Al-Rajhi : RM4.5K & kad kredit : RM4K).
  • Apartmen tersebut kemudiannya aku ‘loan’kan dengan jumlah pinjaman sebanyak RM23K dengan jumlah instalmen sebanyak RM77 sebulan. Terima kasih RHB kerna sudi memberi pinjaman sekecil itu.
  • Usai proses tukar hakmilik selesai (kurang dari setahun), apartmen tersebut aku cagarkan kembali ke OCBC dengan margin pinjaman sebanyak 80%. Jumlah yang aku perolehi selepas proses refinancing tersebut adalah sebanyak RM44K manakala instalmen bulanan aku hanyalah sejumlah RM217 sebulan.
  • Nasib baiklah urusan untuk proses refinancing ini, jumlah yang diperlukan tidak begitu besar dan pakej pembiayaan tersebut turut menampung beberapa kos yang terlibat. Alhamdulillah.
  • Selesai sahaja proses tersebut, sejumlah RM21K berada dalam genggaman aku dan jumlah tersebut aku gunakan untuk melangsaikan baki hutang-hutang ‘jahat’ aku yang berjumlah RM18.5K pada masa itu. Lega selega-leganya kerna terhapus sudah sejumlah RM500 dari senarai hutangku dan walaupun digantikan dengan instalmen refinancing yang baru (RM217), tetapi jumlah tersebut langsung tidak mengusik gaji bulananku kerna dibayar oleh si penyewa. And Abang Ensem was happily live, ever after.

Itulah sebabnya aku sering tegaskan kepada anak-anak muda. Belilah rumah di awal usia. Walaupun kecil tidak mengapa. Kerna hutang ‘jahat’ yang terpaksa anda buat kelak, akan ditampung oleh aset rumah yang sedia ada.

Selamat Tinggal Hutang ‘Jahat’

5 Comments

  1. Sue June 17, 2017
  2. Azwan June 20, 2017
  3. anuar June 27, 2017
  4. zul July 3, 2017
  5. Liyana July 3, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge