Awal pagi semalam aku dikejutkan dengan satu panggilan dari bekas peserta mini seminar aku yang ingin mengadu nasib tentang betapa sukarnya untuk mendapatkan pinjaman bagi rumah ketiganya. Semuanya gara-gara Debt Service Ratio (DSR)nya yang telah melangkaui ‘percentage’ yang sepatutnya dan antara penyumbang kepada kenaikan DSRnya ialah loan bagi kereta ‘raya’nya dan juga ASB loannya yang jika dijumlahkan menghampiri ke angka RM2K sebulan.. huhuhu.
Secara jujurnya aku katakan kalau akulah si banker yang proses loan tu, sudah pasti jawapan aku adalah “pinjaman encik ni payah sikit la nak lulus sebab komitmen encik dah terlalu tinggi” tetapi takkan aku nak biarkan mamat ni menangis di pagi Syawal semata-mata abangensem tak nak bagi ‘jalan’. Jadi aku pun dengan rasa penuh ‘tanggungjawab’ mencadangkan supaya satu proposal yang patut diusulkan kepada pihak bank sebagai jalan akhir iaitu :
“Berikan deposit 6 atau 12 bulan instalment dalm bentuk Fixed Deposit (FD) dan ‘pledge’kan resit FD tersebut kepada pihak bank”
Walaubagaimanapun, ianya bukanlah satu jaminan untuk loan ini diluluskan tetapi menjadi salah satu faktor penyokong bagi menggambarkan yang si pemohon adalah seorang yang mampu untuk membayar hutang bulanannya.
AE : Pastikan korang go through dulu satu-satu tips dalam ebook no 4 aku sebelum korang buat pinjaman bagi memudahkan ianya diluluskan.











Saya setuju dengan AE, saya punya komitmen bank memang tak layak untuk loan, tetapi every single sen income yang saya dapat saya dokumenkan, and all payment loan existing loan kna check due date , alhamdulillah baru ni apply loan for shophouse 320k lulus dalam masa 5 hari