Tips Tingkatkan Sewa Rumah

ROI

Akhirnya, setelah hampir 7 tahun aku tidak menjengukkan muka ke Apartmen Vista Angkasaku, malam tadi aku telah kembali semula ke unitku.

Tujuannya, ingin berkenalan dengan para penyewa baruku. Sempat juga aku meninjau keadaan unitku. Ternyata ianya begitu uzur dan daif. Nasib baik juga yang turut bersamaku adalah kontraktor rumah-rumah sewaku. Lantas tanpa banyak soal, aku meminta beliau menjadualkan kerja-kerja membaik-pulih unit tersebut. InshaaAllah jika segalanya berjalan lancar, pertengahan bulan ini unit ini akan diberi ‘nafas baru’.

Dan bersempena dengan kemasukan penyewa baru dan disekalikan pula dengan ‘nafas baru’ yang bakal aku berikan kepada unit ini, maka kadar sewanya telah turut aku tingkatkan. Tambahan RM200.00 menjadi kadar yang dipersetujui dan ternyata ianya tindakan yang tepat di kala kerancakan kenaikan BLR di bank-bank seluruh Malaysia.

Sedikit tips percuma dari aku, pastikan anda tingkatkan sewa unit anda sekiranya :

1. Penyewa bertukar tangan.

2. Perjanjian Sewa Rumah telah tamat tempoh.

3. Baik pulih rumah telah anda lakukan.

6 Comments

  1. siti hazreen September 7, 2014
  2. Nor Hanim Abu Hassan September 9, 2014
  3. anastasyea September 11, 2014
  4. tim September 27, 2014
  5. sari September 27, 2014
  6. rizz February 28, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge